I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

05 Feb, 2010

Takziah Daripada I.P. Minda Kepada Saudara Azhadi

Posted by: Syaari In: Info IPM 1 views

1 Februari 2010 , Hulu Langat : Sewaktu program Kem Solat UIA Nilai sedang dijalankan di De Congkak Forest, Hulu Langat, kami di I.P Minda dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan. Ibu kepada salah seorang warga setia I.P. Minda iaitu saudara Azhadi B. Mohd. Hanapi telah kembali ke Rahmatullah. Saudara Azhadi tidak dapat turut serta bersama kami untuk Kem UIA Nilai tersebut kerana terpaksa bergegas pulang bagi menemani ibunya yang dikhabarkan sedang sakit tenat. Sebaik sahaja berakhirnya program di De Congkak Forest, Hulu Langat tersebut, beberapa warga I.P. Minda  iaitu Ustaz Azlan, Ustaz Zolkefili, Ustaz Zoul Amali dan saudara Fikri terus bergegas bertolak ke kampung saudara Azhadi di Ketereh, Kelantan. Saudara Azhadi kelihatan tenang dan redha dengan pemergian ibunya. Untuk pengetahuan semua, saudara Azhadi bakal melangsungkan perkahwinan dalam jangka masa 2 minggu lagi iaitu pada 15 Februari. Walaupun begitu, saudara Azhadi masih mampu tenang dan tabah walaupun pelbagai dugaan yang sedang diharunginya. Kami warga I. P. Minda sentiasa mendoakan saudara Azhadi dan seisi keluarga dan semoga arwah ibunya dicucuri rahmatNya.

1 Response to "Takziah Daripada I.P. Minda Kepada Saudara Azhadi"

1 | badminton game- Azhadi Sg Bakap | Apacs Badminton Racket Blog

February 21st, 2010 at 9:44 pm

Avatar

[...] Takziah Dari IP Minda Kepada Saudara Azhadi [...]

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 40

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"salam,
sy bkn le peserta tp urusetia yg turut ikut serta kursus tersebut..
sepanjang mengikuti perjalanan program..
fasilitator yg hadir dan pengisian program amat menarik dan penuh dengan unsur yg dapat memotivasikan remaja selaras dengan aliran zaman moden sekarang..terima kasih diucapkan...kepada fasilitator dan warga kerja IP Minda yang lain..semoga Allah memberkati usaha kalian"

Munirah