I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

08 Jan, 2009

Menariknya Matematik

Posted by: IPM In: Info IPM 113 views

mathematic“Ala, susahnya soalan Matematik ni.”
“Tak pahamlah Math ni, semua nombor je.”

Pernah tak anda mengeluh bila terasa susah untuk selesaikan satu-satu soalan Matematik di sekolah? Pernah tak anda bersumpah dengan diri sendiri tidak akan mengambil jurusan yang ada kaitan dengan Matematik di IPT nanti, contohnya jurusan kejuruteraan? Pernahkah anda?

Tidak semua dilahirkan mahir Matematik seperti Adi Putra. Masing-masing mempunyai kelebihan dalam bidang tersendiri. Tapi jangan jadikan itu sebagai sempadan untuk anda menguasai ilmu Matematik. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda lemah, maka lemahlah anda selama-lamanya. Ingat tu!

Mungkin disebabkan anda merasakan yang Matematik itu satu subjek yang susah, maka anda tak dapat nak memahirkan diri dalam ilmu kira-kira tersebut. Sebenarnya anda menyusahkan diri sendiri. Apa kata kita tukar pemikiran negatif tersebut kepada pemikiran yang lebih positif? Kita mulakan dengan menanam minat terhadap Matematik. Ianya amat menarik. Cuba lihat kira-kira di bawah:

1 × 8 + 1 = 9
12 × 8 + 2 = 98
123 × 8 + 3 = 987
1234 × 8 + 4 = 9876
12345 × 8 + 5 = 98765
123456 × 8 + 6 = 987654
1234567 × 8 + 7 = 9876543
12345678 × 8 + 8 = 98765432
123456789 × 8 + 9 = 987654321

1 × 9 + 2 = 11
12 × 9 + 3 = 111
123 × 9 + 4 = 1111
1234 × 9 + 5 = 11111
12345 × 9 + 6 = 111111
123456 × 9 + 7 = 1111111
1234567 × 9 + 8 = 11111111
12345678 × 9 + 9 = 111111111
123456789 × 9 +10= 1111111111

9 × 9 + 7 = 88
98 × 9 + 6 = 888
987 × 9 + 5 = 8888
9876 × 9 + 4 = 88888
98765 × 9 + 3 = 888888
987654 × 9 + 2 = 8888888
9876543 × 9 + 1 = 88888888
98765432 × 9 + 0 = 888888888

Menarik bukan? Cuba lihat simetri di bawah pula.

1 × 1 = 1
11 × 11 = 121
111 × 111 = 12321
1111 × 1111 = 1234321
11111 × 11111 = 123454321
111111 × 111111 = 12345654321
1111111 × 1111111 = 1234567654321
11111111 × 11111111 = 123456787654321
111111111 × 111111111=123456789 87654321

Anda boleh cuba reka formula anda sendiri. Siapa tahu, anda boleh jadi seperti Adi Putra ;)

Harus diingat, dunia ini sebenarnya Matematik. Tak percaya? Fikirkan beberapa perkara berikut:

1. Anda ke kedai untuk beli Twisties.
2. Anda menunggu pukul 9:30 malam untuk menonton konsert Gengstarz.
3. Anda mengagak jarak dari rumah anda ke suatu tempat.
4. Masa untuk anda tidur dan bangun pagi serta ke sekolah dan balik sekolah.
5. Berapa pantas masa diambil untuk siapkan kerja rumah yang diberikan cikgu?
6. Anda boleh tambah sendiri :D

Semua itu Matematik; duit, masa, jarak. Bahkan umur anda juga Matematik. Tiada sebab anda cari alasan untuk melarikan diri daripada Matematik. Berusahalah, anda mesti boleh!!

Tags:

10 Responses to "Menariknya Matematik"

1 | myvi

January 8th, 2009 at 11:21 pm

Avatar

matematik memang sgt mudah kalau kite sedar yang bermula hidup kite pun matematik sampai ke liang lahad pun matematik..orang islam kite tambah2 melayu malas matematik..lihat ilmu faraid (pembahagian pusaka) ramai yang xnk belajar.ish3..kate seorang ulama ilmu ni yang akan hilang dulu semasa hampir kiamat..so kesimpulannya..belajar la matematik untuk kemajuan islam..kuasai dunia dengan matematik islam!!

2 | admin

January 9th, 2009 at 3:10 pm

Avatar

betul3 :) ni kenapa guna nickname myvi pulak nih eheh

3 | Hassan

January 10th, 2009 at 12:14 pm

Avatar

myvi 2 my vision la agaknya

4 | admin

January 10th, 2009 at 10:01 pm

Avatar

oo cenggitu rupanya eheh

5 | myvi

January 11th, 2009 at 9:30 am

Avatar

sedap gak myvi jadi my vision

7 | aDi

January 12th, 2009 at 9:37 am

Avatar

my voice, amacam? :P

8 | myvi

January 13th, 2009 at 10:57 pm

Avatar

my voice??emmm..kite gabung semua baru adil jadi “my voice view vision” hme..jadi nasi kerabu la nie..

9 | Adi

January 14th, 2009 at 9:06 am

Avatar

nasik kerabu…tiba2 rasa lapar pagi2 ni

10 | assabakie

July 21st, 2009 at 7:43 pm

Avatar

btul2..
matematik memang menarik…
blajar matematik dapat ligatkan otak kita…
ngee

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 24

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"cara penyampaian yang sangat berkesan.. insyaAllah kalau ada peluang untuk mengikuti mana2 kem kelolaan ip minda, saya tak akan teragak2 untuk sertai.."

Siti