I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

10 Aug, 2009

Sehari di IPGM-KPI, Bangi

Posted by: Azhadi In: Siswazah 108 views

Sehari di IPGM-KPI

Semalam kami seramai empat orang yang diketuai oleh Ustaz Azlan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam di Bangi untuk memberi tiga slot ceramah yang disampaikan sepenuhnya oleh Ustaz Azlan bermula 8:30 pagi hingga 4:30 petang.

Slot ceramah kesedaran ini disampaikan kepada pelajar² IPGM-KPI Tahun 1 atau sebelum ini dikenali dengan nama Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS). Kami difahamkan juga kebanyakan daripada mereka adalah lepasan matrikulasi. Maknanya, tidak semua berusia 18 tahun dan majoritinya adalah peserta wanita.

Sesi pertama dimulakan dengan slot Positive Your Mind yang membawa para peserta untuk sentiasa berfikir secara positif. Apa yang difikir, itulah yang dirasa. Memandangkan mereka akan bergelar guru selepas tamat belajar nanti, cabaran sebagai seorang guru perlu diterima secara positif setiap masa. Mendidik pelajar² sekolah zaman sekarang tidak mudah seperti dahulu. Perlukan kesabaran dan pendidikan secara berhemah yang efektif.

IPGM-KPI

Pada sesi kedua, Ustaz Azlan membawa peserta menjelajah ‘alam’ menerusi slot Misi & Visi Hidup untuk menerangkan tujuan manusia diciptakan Allah s.w.t. bagi membentuk diri yang berkaliber sebagai seorang guru pada masa hadapan.

Slot Bahana Dosa dalam sesi ketiga pula banyak mendedahkan perilaku luar batasan seorang mukmin yang makin menular di kalangan masyarakat sekarang khususnya remaja. Dalam slot ini juga Ustaz Azlan menceritakan pengorbanan seorang ibu melalui video² yang ditayangkan bermula dari saat melahirkan anaknya hinggalah anaknya membesar. Slot ini diakhiri bacaan doa oleh Ustaz Azlan sendiri memohon agar bakal² guru ini akan sentiasa dilindungi Allah dan dapat berbakti kepada keluarga masing² dan juga masyarakat. InsyaAllah.

3 Responses to "Sehari di IPGM-KPI, Bangi"

2 | Azhadi

August 13th, 2009 at 3:05 pm

Avatar

hai..bagus je ke :P

3 | Gonchik

January 29th, 2010 at 6:14 pm

Avatar

saya selaku wakil pelajar yang telah mengikuti program yang diadakan. jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak IP minda kerana telah mengadakan program yang begitu meninggalkan kesan mendalam kepada kami . secara jujurnya, program ini banyak memberi kesedaran kepada saya dalam lebih mengenali erti dan makna sebenar sebuah kehidupan dan sebagai ummah yang bergelar muslim. syabas dan tahniah kepada pihak IP minda! diharap selepas ini banyak lagi program2 dapat diadakan di IPIS. syabas!

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 24

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Kem yang dibuat oleh IP MINDA sungguh berkesan dapat memberi kesedaran kepada kami. Contohnya sikap negatif ke sifat positif. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi."

Mohamad Shahrul Azmil Bin Zahran
Kem Remaja Ideal KEMAS Perak