25 Feb, 2010
Kem Kepimpinan Mahasiswa Sekretariat Kerohanian UPM
Pada 12 – 14 Februari yang lepas, I.P Minda telah mengendalikan sebuah kem motivasi kepimpinan mahasiswa iaitu Sekretariat Kerohanian seluruh Kolej-kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia. Bagaikan satu cabaran besar kerana pasukan yang akan kami kendalikan training kali ini adalah mereka yang berada pada kedudukan paling strategik dalam menggerakkan gelombang dakwah dan aktiviti kerohanian di UPM.
Kem ini pada asalnya tidak dinamakan sebagai Kem Kepimpinan Al-Fateh. Namun, 3 hari 2 malam perjalanan pengisiannya telah diprojek dan disusun dengan baik hasil brainstorming Ustaz Syaari, Ustaz Azlan, Ustaz Azuhan, Ustaz Zool Amali, saudara Fikri dan rakan-rakan fasilitator I.P Minda yang lain, dengan tujuan sekurang-kurang 5-6 karakter kepimpinan terpenting Sultan Muhammad Al-Fateh dimodulkan secara praktikal tanpa disedari oleh peserta bahawa ia adalah karakter baginda.
Hasrat Encik Zuhaimi dan Ustaz Nurul Iman dari Hal Ehwal Pelajar UPM diselarikan dengan modul-modul AKMAL (Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh) I.P Minda.
Syukur alhamdulillah, berdasarkan penilaian borang feedback peserta, hampir majoriti peserta menyatakan semangat Al-Fateh yang berkobar-kobar dalam diri mereka – khususnya selepas ikrar bersama pada hari ketiga – untuk mencipta gelombang dakwah pada masa akan datang dan program-program kerohanian yang lebih luarbiasa skala impaknya pada mahasiswa UPM dan massa keseluruhannya.
Kami di I.P Minda sudah pasti menanti saat anda beraksi !
Download: Gambar















