I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

06 Jan, 2009

Slot Ceramah di MRSM Alor Gajah

Posted by: IPM In: Remaja 65 views

MRSM Alor Gajah Sabtu yang lepas iaitu pada 3hb Januari 2009, kami ke MRSM Alor Gajah untuk menyampaikan satu slot ceramah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 di sana. Kami bertolak dari Gombak pada pukul 6 petang, sampai di sana pada pukul 8:30 malam. Slot ceramah bermula tepat pukul 9 malam.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Lan selama 2 jam dengan pelajar seramai lebih daripada 200 orang. Ketika ceramah, Ustaz Lan menanyakan satu soalan; ke mana arah tuju pelajar selepas SPM? IPTA? IPTS? MARA? Atau tidak ke mana-mana. Biasanya, ramai pelajar akan memilih IPTA. Tapi pelajar-pelajar MRSM Alor Gajah mengangkat tangan memilih MARA. Bila ditanya, adakah UiTM? Bukan kata mereka, sebaliknya belajar di luar negara di bawah tajaan MARA. Kami kagum. Begitu tinggi semangat mereka. Kami doakan impian mereka akan tercapai, insyaAllah.

Kami difahamkan, pelajar-pelajar yang mengambil tempat duduk di bahagian paling belakang sebenarnya bercadang untuk tidur ketika ceramah. Tapi tiada seorang pun yang kami perasan tidur sewaktu Ustaz Lan menyuntik elemen kerohanian ke dalam diri mereka. Dengan tayangan slide serta video-video kami, alhamdulillah mereka dapat membuka mata dan berikan tumpuan. Bukan untuk mengangkat bakul sendiri, tapi itulah hakikatnya. Dan juga kami sangat terharu apabila mereka meminta kami mengadakan kem 3 hari 2 malam untuk mereka pada masa yang akan datang. InsyaAllah, kalau diberi peluang kami akan bersama lagi dengan mereka untuk masa yang lebih panjang.

Sekitar jam 11:30 malam kami bertolak pulang. Singgah sebentar di R&R Seremban untuk solat dan makan malam. Bila perut dah kenyang diisi nasi lemak dan cappucino, kami bertolak pulang ke Gombak. Leh dan Arif lena tidur di belakang. Adi drive, ditemani Ustaz Lan sambil bercerita tentang hantu sekadar menghilangkan mengantuk. Perjalanan yang jauh dirasakan sekejap apabila kami sampai pada pukul 1:30 pagi.

Tags: ,

1 Response to "Slot Ceramah di MRSM Alor Gajah"

1 | NUR AQILA

February 2nd, 2010 at 7:16 pm

Avatar

ASSALAMMUALAIKUM…
saya sangat berminat untuk memasuki sekolah ini.. apabila saya melayari laman web ini..
adakah saya layak?? saya hanya mencapai 6A2B dalam PMR..

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 24

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Inilah kursus tentang keagamaan yang paling menyeronokkan, tidak membebankan dan slot-slot yang amat menarik di mana mampu membangkitkan keinsafan kami. Barisan fasilitator yang mesra, baik hati dan memahami. Dan cara penyampaian ceramah yang berbeza dari kursus-kursus yang pernah kami hadiri."

Pelajar SM (P) Methodist
Kursus Pemantapan Remaja Muslimah