Pada tarikh ini, IPM bertembung dengan 3 program serentak. Jadi krew IPM berpecah kepada 3 team. Jadi salah satu team kami yang diketuai oleh Ustaz Hassan Adli Yahaya akan berkampung di Masjid Wilayah bersama-sama dengan adik-adik peserta yang bersekolah rendah bermula pada 11 hingga 13 Disember 2009.
Di hari pertama, kelihatan ibu bapa yang menghantar anak-anaknya ke masjid wilayah. Masing-masing membawa beg-beg baju yang lebih besar dari saiz anaknya. Itulah kasih ibu dan ayah kepada anak-anak. Bila lihat adik-adik yang datang ke program ini, ada yang seronok dan ada juga yang rindu pada keluarga, namun begitu masalah-masalah dapat diatasi dengan baik oleh fasilitator-fasilitator yang mengendalikan program.
3 hari 2 mala bersama mereka terasa begitu singkat sangat. Yelah, macam-macam kerenah dan telatah mereka yang tak putus-putus. Lebih-lebih lagi mereka ni terlalu banyak tanya soalan, fasilitator-fasilitator yang ada pun sampai kepenatan melayan gelagat mereka ini.
Di hari terakhir program, kelihatan wajah ceria mereka apabila ibu dan bapanya datang untukmenjemput meeka pulang. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan baik. Mudah-mudahan adik-adik yang mengikuti program ini akan menjadi orang yang berjaya dan cemerlang kelak, amin…










