17 Sep, 2009
Program Ihya’ Ramadhan Pelajar Sekolah Menengah 2009
Salam Ramadhan semua. Berapa pasang baju raya tahun ni? Saya sempat beli sepasang kat Kamdar dengan harga diskaun 70% masa sale sebelum puasa hari tu. Eh, terawal pulak beli hehe. Hm, kuih raya dah buat? Sibuk² keje pun sempatlah jugak saya buat kuih raya…buat kat kedai eheh. Raya dah tak lama dah. Dengan saya mengumumkan anak bulan telah kelihatan. Maka hari raya aidilfitri tahun 2009 akan disambut pada Ahad ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Ok. Petang semalam tamat satu lagi program 3 hari 2 malam di Masjid Wilayah Persekutuan bagi pelajar² Tingkatan 4 dari sekolah² yang dipilih oleh pihak Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur. Setiap sekolah yang terpilih diwakili oleh 4 orang pelajarnya untuk ke Program Ihya’ Ramadhan Pelajar Sekolah Menengah 2009 ni.. Seramai 30 pelajar telah mengikuti program ni yang dianjurkan oleh PKKKL buat pertama kalinya di bawah kelolaan I.P. Minda Sdn. Bhd.
Tentatif program seperti biasa kecuali pada waktu malam diisi dengan ibadah Terawih. Pelajar² sepatutnya rasa beruntung kerana dapat solat Terawih di Masjid Wilayah Persekutuan dengan alunan surah mengasyikkan daripada imam² ternama, salah seorang daripada imam² tersebut adalah Syeikh Moutasem Billah al-Asali. Alunan yang sungguh merdu. Rasa macam hari² nak solat berimamkannya. Sedikit info tentang beliau:
- Beliau seorang qari dan juga penasyid Syria.
- Dilahirkan pada tahun 1980 di Hayy al-Maydan, Damsyiq, Syria dalam satu keluarga yang memiliki suara yang merdu dan mencintai nasyid.
- Bapa beliau, Sheikh Muhammad ‘Azif al-Asali juga seorang qari dan penasyid (pemuji Rasulullah SAW).
- Menuntut ilmu sejak kecil dengan Sheikh Muhammad al-Farra di Jami’ Abi Nur, Syria (Ramai pelajar Malaysia yang turut dihantar belajar di institusi ini – pen.)
- Beliau telah memperdengarkan bacaannya dalam banyak majlis sejak dari kecil lagi dan menyertai musabaqah yang diadakan di negara-negara Islam seperti Iran, Syria, Jordan, Lubnan dan Mesir dan beroleh beberapa anugerah kejayaan.
- Diantara hobinya ialah bermain bolasepak, bola keranjang, berenang dan memandu kereta.
- Sumber daripada Nazrichik.com.
Oh ye, lupa pula nak cerita tentang adik² ni hehe. Kami rasa seronok sebab dapat bersama dengan adik² yang terpilih seramai 30 orang ni. Kami difahamkan mereka semua adalah pelajar² harapan sekolah. Tak mustahillah semuanya kelihatan pandai² belaka, sporting pula tu, itu yang kami lagi suka
Kami terharu juga ada beberapa orang peserta yang pernah bersama kami setahun dan dua tahun yang lalu. Teringat kem² yang pernah kami buat di Masjid Wilayah Persekutuan dulu. Ada peserta² yang dah 4 kali mengikuti program kami tapi masih lagi sanggup untuk menyertai kem yang kami kelolakan. Terima kasih semua, kami terharu sob sob.
Harap² dapat berjumpa lagi dengan adik² ni suatu hari nanti. Tak semestinya dalam bentuk program, mungkin alumni kalau ada. Jumpa kami di Jalan TAR ke, OU ke, Midvalley ke, Masjid India ke…tegur²lah kami ye.
Salam Ramadhan buat semua dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1430H.









