I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

09 Nov, 2009

Mandi Hujan di D’Bali Resort, Tok Bali

Posted by: Azhadi In: Remaja 101 views

Summer Camp 2009 di D'Bali Resort, Tok Bali anjuran KESEDAR

Teringat kembali zaman kanak² dulu main hujan setiap kali musim tengkujuh tiba. Berprogram 3 hari di D’Bali Resort yang terletak di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan ni memberikan satu cabaran buat kami apabila terpaksa menyampaikan slot dalam keadaan bising titisan hujan menimpa atap dewan hingga tidak kedengaran muzik latar belakang yang dimainkan sepanjang slot ceramah. Mujurlah dengan kelantangan suara Ustaz Syaari menyampaikan ceramah dapat menarik perhatian setiap peserta yang terpilih dari beberapa buah sekolah dari daerah Gua Musang.

Summer Camp 2009 ini merupakan aktiviti tahunan pihak KESEDAR yang difokuskan kepada pelajar² sekolah rendah dari Tahun 5, khusus buat persediaan menghadapi UPSR 2010. Peserta² kali ini terdiri daripada pelajar Cina, orang Asli dan Melayu sebagai golongan majoriti. Bila teringatkan salah seorang pelajar Cina yang mesra dipanggil Wei, hati kami rasa terhibur dengan gayanya yang comel ketika berbual. Ditambah pula dengan pipinya yang tembam, siapa yang tak geram hehe.

Riadah pagi pada hari kedua program kami terpaksa berteduh beramai² di bawah satu astaka kecil apabila hujan tiba² turun dengan lebatnya ketika selesai buat Tai Chi Qi Gong. Betullah berita yang kami dengar di stesen radio Kelantan FM, hujan sekejap² melanda Kelantan dan dijangkakan akan berterusan hingga malam Ahad. Pergerakan kami dan peserta sedikit terbantut. Banyak masa terpaksa dihabiskan di dalam dewan. Nasib baik juga dewan makan hanya bersebelahan dengan dewan ceramah. Tapi lenjun juga bila nak menyeberang. Mujurlah peserta² Tahun 5 ni lasak² semuanya hehe.

Kami kagum dengan adik² Tahun 5 dari Gua Musang ni. Baru Darjah 5, tapi bila ditanya soalan² berkaitan dengan alam kehidupan semuanya dapat menjawab dengan tepat. Para peserta juga tidaklah nakal sangat seperti yang dijangkakan bagi pelajar² sekolah rendah. Mungkin kehebatan Ustaz Syaari dan Ustaz Asyrof mengawal keadaan ketika sesi ceramah berlangsung membuatkan kesemuanya dapat berikan komitmen sepanjang program dijalankan.

Tidak dapat digambarkan bagaimana sukanya kami dengan mereka yang comel² itu. Kami harap suatu hari nanti dapat bertemu kembali dengan mereka, dan kami harapkan juga berita gembira daripada mereka selepas mendapat keputusan UPSR 2010 nanti.

6 Responses to "Mandi Hujan di D’Bali Resort, Tok Bali"

1 | Hassan Adli

November 10th, 2009 at 11:01 am

Avatar

Cadangan: tukar nama kpd Winter Camp

3 | Hassan Adli

November 10th, 2009 at 11:15 am

Avatar

blum pernah dengar lagi winter camp..tp apa salahnya mencuba..mybe dr segi psycho, it may be seen as a negative thinking..it just perception, at first mybe negative, tp lama-kelamaan human perception akan berubah gk bila winter camp ni berjaya..cuma pengisian yg tepat diperlukan

4 | IPM

November 10th, 2009 at 11:17 am

Avatar

betul betul betul.
persepsi negatif itu perlu diubah ;)

5 | noor aishah

February 7th, 2010 at 6:22 pm

Avatar

salam, saya berminat utk mengetahui D’Bali Resort, Tok Bali.
saya ingin tahu alamat resort ini dan number telefon…

6 | noor aishah

February 7th, 2010 at 6:26 pm

Avatar

di harap dapat balas secepat mungkin kerana saya ingin mencari resort di tok bali

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 40

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"I = INSAN
P = PERLU
M = MEMBENTUK
I = IMAN
N = NAWAITU
D = DAN KERANA
A = ALLAH TAALA..

Terima kasih kepada semua ustaz dan ustazah yang terlibat dalam kem motivasi ini, lain daripada yang lain ..mempunyai IQ Yang tinggi, EQ Yang baik, dan SQ Yang ikhlas...terima kasih atas segala-galanya."

Siti Nur Hidayah Yusof