
Ke Kedah lagi hehe. Kali ni kami berprogram 3 hari 2 malam di Bendang Man Resort yang terletak di Sik, Kedah. Kawasan yang luas, tapak perkhemahan, sungai serta tapak berkawad memang sesuai untuk program² seperti ini dijalankan. Bermula dari 13 hingga 15 November 2009, kami telah jalankan satu program yang difahamkan daripada golongan Belia 4B yang dinamakan Kem Remaja Ideal (Motivasi) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pulau Pinang.
Terdiri daripada peserta semuda 14 tahun hingga ke 28 tahun seramai 48 orang yang mana majoriti adalah peserta lelaki. Jarang peserta perempuan menjadi golongan minoriti dalam setiap program yang kami jalankan. Angka awal yang kami terima adalah seramai 60 orang peserta. Lagi 12 orang peserta mungkin ada masalah yang tidak dapat dielakkan untuk datang ke program ini.
Kami mohon maaf sangat² kepada para peserta sepanjang slot ceramah yang dijalankan. Speaker terbesar kami menghadapi masalah kerosakan bunyi, hinggakan emosi kami sendiri terganggu untuk memberi ceramah. Mungkin para peserta juga rasa lebih terganggu dengan gangguan bunyi yang kadang² boleh membingitkan telinga. Tapi kami harap dengan slot pertama kami iaitu Positive Your Mind dapat memberi kesedaran kepada para peserta dengan segala kelemahan yang dihadapi.
Boleh dikatakan program kali ini tidak seperti program² yang selalunya kami buat. Entah kenapa terasa sesuatu yang tidak kena menjadikannya kurang menarik berbanding program² kami sebelum ini. InsyaAllah kalau diberi peluang dan ruang akan datang, kami akan jadikannya satu program yang sangat bermanfaat dan menarik.
Selepas kembali ke pejabat, kami sempat membaca beberapa helai borang muhasabah yang kami dapatkan kembali daripada para peserta. Berkenaan dengan komen beberapa orang peserta tentang perjalanan program yang tidak selari dengan tentatif yang mereka terima.
Selalunya pada awal² program para peserta serta pegawai yang terlibat akan dimaklumkan bahawa perjalanan masa dalam tentatif tersebut adalah sekadar perancangan sahaja. Kemungkinan masa akan berubah mengikut kesesuaian dan faktor cuaca. Kadang² kami juga mengambil kira mood para peserta sebelum satu² slot ceramah dijalankan. Pentingnya mood yang selesa sebelum menerima segala input daripada ceramah yang diperolehi. Risau juga kalau masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kami harap perkara sebegitu tidak berlaku kepada para peserta Kem Remaja Ideal di Sik ni. InsyaAllah.
Apa² pun, kami harap dapat berjumpa kembali dengan adik² di kem ini. Janganlah ukhwah yang terbina selama 3 hari akhirnya putus selepas tamat program. InsyaAllah, ada masa ada hari kita akan berjumpa lagi









