
Kali ini krew I.P. Minda berprogram di Bandar Melawati, Kuala Selangor bersama-sama dengan belia² kawasan Klang. Seramai 40 orang peserta yang hadir pada kem ini. Kebanyakan mereka dalam lingkungan 14 hingga 23 tahun. Walaupun perbezaan umur yang besar, namun pada hari pertama lagi kami dapat lihat para peserta begitu berminat dan sentiasa ceria sepanjang program.
Selain itu para peserta yang berkursus begitu sporting, pendek kata ada saja idea dan buah fikiran yang dapat dikongsikan. Pada program kali ini kebanyakan peserta berketurunan Jawa. Maklumlah kesemuanya berasal dari Klang.
Antara aktiviti yang menyeronokkan ialah ketika para peserta berjalan dalam keadaan menutp mata. Macam-macam ragam mereka yang dapat kita lihat, ada di antaranya yang menyanyi, ada yang ganggu kawan, ada yang sebelah kaki masuk ke longkang, ada yang terlanggar pokok dan macam-macam lagilah. Mungkin pengalaman yang dilalui ini akan segar di dalam ingatan.
Selain keseronokan yang diberikan, para peserta juga diisikan tentang hala tuju dan bagaimana cara untuk melakarkan kejayaan untuk diri sendiri agar kejayaan itu dapat dikongsi dengan keluarga dan insan yang tersayang. Maka benarlah setiap kejayaan itu bermula dari perubahan diri sendiri. Dan daripada perubahan diri itulah akan mengubah menjadi insan yang bisa menggegarkan dunia. Mudah-mudahan ukhuwah ini akan kekal selamanya.
Download: Gambar









