Belia

Program bagi sasaran peserta umum

Dewasa

Program bagi golongan korporat, guru-guru serta warga emas

Info IPM

Pengetahuan am penambah ilmu

Kursus

Kursus khas yang dikendalikan oleh IPM

Siswazah

Program bersama pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Home » Kem Motivasi, Remaja

Kem Remaja Ideal di Kg. Gajah, Perak

Submitted by Azhadi on Tuesday, 18 August 200923 Comments

Kem Remaja Ideal KEMAS Negeri Perak

Salam buat pengunjung² blog kami ini. Sihat²lah hendaknya ye. Maklumlah, sekarang ni musim H1N1 menular. Kita semua berharap agar dijauhkan daripada wabak penyakit yang makin merebak di negara kita itu. Mudah-mudahan kita semua sihat walafiat selalu, insyaAllah.

Kami baru saja selesai berprogram 3 hari di Felcra Training Kg. Gajah, Perak untuk Kem Remaja Ideal anjuran KEMAS Negeri Perak bermula pada 14hb hinggalah 16hb Ogos 2009. Awal juga kami sampai kat sana, sekitar pukul 1:30 tengah hari. Pendaftaran bermula pukul 2:30 petang, tapi programnya bermula pada pukul 5 petang, bagi masa kepada adik² program untuk rehatkan badan dulu. Kalau buat program tengah penat tak seronok pula rasanya.

Peserta terdiri daripada semuda 13 tahun hinggalah yang berumur 21 tahun dari berbagai² latar belakang. Jadi fokus kepada mereka sedikit agak sukar terutamanya dari segi sosialiti antara mereka. Tapi pada hari terakhir program nampak macam hampir semuanya sudah pecah ais yang terbuku di dada mereka hehe. Sedikit lewat berbanding dengan program² yang lain. Apa² pun, kami seronok dengan kerjasama yang ditunjukkan mereka. Memandangan mereka datang ke program dengan kerelaan hati sendiri, jadi semestinya mereka adalah peserta yang baik² semuanya.

Penginapan pula patut diberi pujian kepada pihak Felcra Training yang sediakan tempat cukup selesa buat peserta² dan juga kami sebagai fasi. Makanan yang disediakan juga enak² belakang. Padanlah berat saya bertambah lagi. Asal datang berprogram ke Perak je mesti naik berkilo² berat badan hehe. Orang Perak pandai memasak agaknya.

Kami rasa terharu bila tibanya saat untuk berpisah seusainya majlis penutup program pada hari ketiga. Bila ditanya sanggup tak kalau kem ditambah lagi 2 hari? Masing² menjawab sanggup. Kalaulah berkesempatan untuk menyambung kem lagi 2 hari…tapi apakan daya…

Akhir kata, kami doakan yang terbaik buat adik² peserta Kem Remaja Ideal di Perak. Semoga apa yang dihajati, diingini, akan berbuah suatu hari nanti, insyaAllah. Buat adik Ain yang menyuruh abang Hadi senyum…abang memang selalu dah senyum tapi hanya orang tertentu saja yang boleh nampak senyuman abang hehe. Gurau² saja. Diam tidak bererti membisu ye :)

Semoga berjumpa lagi, insyaAllah.

Download : Gambar

23 Comments »

  • ibah said:

    kmi srnok sbb ade abg ngan kak fasi yg baek..

  • Azhadi (author) said:

    kami pun tumpang seronok :)

  • MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN said:

    Tahniah IP Minda kerana berjaya melaksanakan program ini yang cukup baik dan memberi kesedaran kepada saya.alhamdulilah,setakat ini solat shahrul tak pernah tinggal lagi.harap2 abg2 dan kakak2 fasi mendoakan saya agar menjadi insan yang lebih baik dan tidak tinggalkan solat.

  • MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN said:

    progaram ni memang memberi kesedaran dan best

  • MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN said:

    program ni memang best

  • IPM said:

    alhamdulillah.
    sama² kita usaha utk majukan diri.
    anggap mcm abg dgn adik je..umur pun tak jauh beza kan shahrul :)

  • ibah said:

    buat fasi ngan peserta kem remaja ideal
    SELAMAT MENYAMBUY RAMADHAN

  • MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN said:

    Buat abang23 dan kakak2 serta peserta kursus remaja ideal 2009,selamat berpuasa di bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini.semoga puasa kita diterima oleh allah s.w.t.Amin……….

  • ain said:

    salam,
    thnx upload kan gmbr SMK Alam Megah,
    fuuuh.
    at last dpt jgk tgk.
    ;)

    anyway, salam ramadhan utk semua!
    :D

  • IPM said:

    selamat menyambut ramadhan al-mubarak juga buat ibah :)

  • IPM said:

    buat shahrul juga.. ;)

  • IPM said:

    salam ain..
    maaflah lmbt upload..
    maaf gak sbb tak dapat buat entri psl prog kat alam megah..
    huhu

  • dayah said:

    salam…memg best aktivitinya

  • Azhadi (author) said:

    ye ke..
    alhamdulillah :)

  • MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN said:

    selamat berpuasa di bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini buat abg2 dn kakak2 fc serta peserta kursus remaja ideal 2009.semoga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t

  • dayah said:

    salam.selamat menyam

  • dayah said:

    selamat menyambut bulan ramadhan

  • dayah said:

    ASSALAMUALAIKUM….selamat berpuasa…selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada warga IP MINDA…maaf zahir dan batin..raye ni jemputlah dtg rumah…

  • Azhadi (author) said:

    rumah kat mana tu dayah?
    selamat hari raya :)

  • MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN said:

    Salam lebaran buat fasilitator ip minda.

    Buah pauh di tengah bendang
    Jadi dagangan di tengah kota
    Saudara jauh datang bertandang
    Bermaaf-maafan sesama kita

    Masak udang dan gulai ketam
    Pembasuh mulut kuih keria
    Berbunyi mercun berdentum-dentam
    Riang gembira di Hari Raya

    Sungai disusur sehari-hari
    Dalam gelap menangkap ikan
    Kami meyusun sepuluh jari
    Salah dan silap harap maafkan
    Aidilfitri hari kemaafan
    Menghapus kesalahan sesama insan
    Memupuk perpaduan sesama ehsan
    Mengikat tali keakraban
    Disisir diandam dengan cekap
    Potong rambut pelbagai gaya
    Puasa sebulan sudahlah lengkap
    Kita menyambut Hari Raya
    Adik tersayang segak bergaya
    Mengait kuih di atas para
    Suasana riang di Hari Raya
    Bermaaf-maafan riang gembira
    Dua tiga kucing berlari
    Mana nak sama si kuih gelang
    Dua tiga kuih boleh ku cari
    Mana nak sama pulut panggang sorang

    Goreng cempedak di luar pagar
    Ambik batang buruk tolong jolokkan
    Saya budak baulu belajar
    Kalau salah tolong sampritkan
    Kek pandan jauh ke tengah
    Apam balik bercabang tiga
    Hancur maruku di kandung tanah
    Masak lodeh yang baik dikenang juga

    Sorong apam tarik apam
    Buah Melaka dalam perahu
    Suruh makan apam saya makan apam
    Suruh makan apam balik saya tak tahu

    Lepat Pak Malau lepat pisang
    Lepat hamba lepat ubi
    Pau tuan pau kelapa
    Pau hamba pau serikaya

    Lemang tinggi-tinggi
    Sampai cucur badak
    Belum tumbuh gigi
    Dah pandai makan karipap

    Hari ini menanam jagung
    Hari esok menanam serai
    Malam ini kita makan kuih jagung
    Malam esok kita makan tapai

    Nasik manis buah Melaka
    Sayang popia hamba lurutkan
    Buang tepung gomak buang serimuka
    Kerana cokodok hamba turutkan

    Kalau ada donat di ladang
    Boleh saya menumpang makan
    Kalau ada lemang yang panjang
    Boleh kita menumpang makan lagi

    Kuih talam di bawa belayar
    Masak setalam di atas peti
    Hutang lempuk boleh di bayar
    Hutang dodol di bawa mati

  • IPM said:

    wah panjangnye shahrul hehe.
    selamat menyambut hari raya aidilfitri 1430H.
    maaf dipinta andai ada tersalah laku dan tatakata dahulu.
    salam lebaran :)

  • MOHAMAD SHAHRUL AZMIL BIN ZAHRAN said:

    Salam 1 Malaysia.saje nak bagi tau shahrul 06 – 08 November 2009 nak p kursus Remaja Ideal Bina Insan kat Pusat Latihan Dan Rekreasi Kat segamat ,Johor

  • amir_scarecrow said:

    sudah lama tidak bersua,harap2 abg/kakak fasi sihat2..
    bila buka web ni teringat kenangan di Kem Remaja Ideal di Kg Gajah ni,
    alhamdulillah Allah SWT mmbenarkan kita bersua kembali.
    klu tntg sy,Abg Leh mmg kenal dgn saya,klu nk tau tnya dia la ynyg saya erk

Berikan komen anda!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.