I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

20 Jul, 2009

Kem Motivasi Remaja Excellent SMK (P) Sri Aman

Posted by: Azhadi In: Remaja 170 views

Kem Motivasi Remaja Excellent SMK (P) Sri Aman

Sebelum ini kami ke SMK (P) Sri Aman untuk menyampaikan satu atau dua slot ceramah di sekolah tersebut. Manakala Ustaz Hassan pula selalu ke sana sebagai guru nasyid sekolah. Tetapi kali ini kami berkesempatan untuk bermalam di Kem Sri Raudhah di Gombak selama 3 hari 2 malam dengan puteri² dari SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya.

Memandangkan ada di antara mereka sudah mengenali sebahagian daripada kami, proses untuk berkenalan menjadi lebih mudah. Biasanya peserta yang baru nak kenal kami akan tunjuk muka masam, muka geram, muka tensen dan muka tepung gomak hehe. Pada awalnya saja. Bila dah beranjak ke malam, mimik muka berubah menjadi lebih jernih selepas saja slot Positive You Mind selesai. Sebab itulah pentingnya kami bawa slot tersebut supaya dapat mengubah persepsi peserta² yang kebiasaannya akan menganggap kem yang kami jalankan adalah satu kebosanan buat mereka dan membuang masa.

Malam pertama, dua buah bilik penginapan peserta dimasuki tetamu tanpa diundang. Puas juga kami cuba menghalau tetapi tetamu tersebut memang susah nak keluar dari bilik. Agaknya tetamu tersebut berkenan dengan peserta² kami agaknya. Dah la kecik, lincah pula tu katak² yang masuk ke bilik melalui lubang saliran bilik air. Geli hati juga bila melihat adik² peserta buat gaya geli bila teringat katak yang duduk bersantai di atas bantal mereka hehe.

Sangat seronok rasanya bila dapat jalankan aktiviti Jungle Trekking pada hari kedua menuju satu tempat air terjun yang cantik. Perjalanan ke air terjun memakan masa selama dua jam pergi dan balik. Seronok, seronok juga sampaikan handphone saya dan abang Leh rosak masuk air bila saya tergelincir dalam sungai terpijak batu berlumut. Beg galas yang saya bawa habis basah. Nasib baik juga kamera syarikat dan kamera saya selamat. Paling sedih, handphone yang baru saya beli lebih kurang dua bulan tak dapat diselamatkan. Handphone abang Leh OK lepas dikeringkan. Walaupun beli second hand, tapi sayang juga.

cikgu smk (p) sri aman

Terima kasih kepada ustazah dan cikgu² yang terlibat menganjurkan kem 3 hari ini. Kami rasa terkilan sedikit bila tak sempat nak tayangkan video program di hadapan adik² peserta. Mesti seronok kalau tengok ramai². Takpelah. Kenangan indah tersebut kami abadikan dalam CD yang kami berikan kepada Ustazah Jamiza. Kalau nak, boleh minta dengan ustazah ye.

Akhir kata, semoga berjumpa lagi dan good luck in your future undertaking.

Download gambar² program di sini

17 Responses to "Kem Motivasi Remaja Excellent SMK (P) Sri Aman"

1 | ain

July 30th, 2009 at 6:40 pm

Avatar

salam,
mana sekolah SMK Alam Megah?
dah lama tggu..
:(

2 | IPM

July 31st, 2009 at 10:16 am

Avatar

huhu..maafkan kami ain.
lum sempat lagi nak update.
yg pergi ke smk alam megah hari tu
abg azuhan dgn abg leh kan?
diorang ada hal luar setakat ni..
susah nak dpt info drp diorang.
insyaAllah minggu dpn ye.
minggu ni bz lagi.
ain bleh rujuk jadual kami kat menu di atas

3 | shireen

July 31st, 2009 at 12:50 pm

Avatar

hehehe.. katak2 tu dpd bilik kiteorg..
scary btol..

4 | IPM

July 31st, 2009 at 12:58 pm

Avatar

katak2 tu suka kat shireen sebab suara merdu…
katak jantan la katakan :P

5 | ain

July 31st, 2009 at 1:54 pm

Avatar

yup, abg azuhan.
mggu depan?
okey lahh.
sy tggu mggu depann.
:)

6 | shireen

August 5th, 2009 at 9:33 am

Avatar

hehehehe.. mrepek jew.. mnadew..
mnatau katak tu jntan kew btine..?

7 | Adi

August 5th, 2009 at 12:14 pm

Avatar

hehe..dulu kitorang blaja ilmu haiwan.
skang ni takde dah subjek tu :P

8 | shireen

August 6th, 2009 at 12:45 pm

Avatar

yolatu.. xcye.. ekekekekeke..
t shireen tye parents diew blaja ilmu tu..
hehe.. katak tu sbnrnyew tsesat la..
nk msok blik abg adi sbnrnyew tu..
tp tersalah corner lak..

9 | Adi

August 6th, 2009 at 2:41 pm

Avatar

eheh..tanyalah.
mula2 mmg dia nak masuk bilik abg..
tp bila ternampak shireen,
terus dia terpikat kat shireen hehe

10 | shireen

August 7th, 2009 at 11:41 am

Avatar

hahahaha.. xdew kjew rupenyew katak tu..
knpew lak diew terpikat kt shireen..?
klo diew asal putera raja yg bertukar jd katak,
bru shireen trime kowt..
ekekekekeke..

11 | IPM

August 7th, 2009 at 11:46 am

Avatar

dia memang seekor putera.
kan abg dh bgtau mlm tu hehe

12 | farah

August 11th, 2009 at 6:33 pm

Avatar

bes sngt2 kem…

tulah kngan yang tak dpt dilupakan smpi skg…:)

hope jmpa agi..

13 | Adi

August 12th, 2009 at 9:47 am

Avatar

abg bg pihak ipm ucapkan terima kasih kpd farah atas komen positif tu :)
insyaAllah kita dpt jupe lg ye

14 | shireen

August 15th, 2009 at 4:13 pm

Avatar

hahahah.. xnk la seekor putera..
nk seorang putera..
bru la best..
hehehehehe..

15 | syahirah a.

August 25th, 2009 at 10:28 pm

Avatar

kem yg plg bessstt yg prnh sy pegi,
kngn brsma katak tk dpt dlupakan,haha :P
hope dpt jmp abg2 lg,
(:

16 | Azhadi

August 26th, 2009 at 4:51 pm

Avatar

insyaAllah..boleh aja :)

17 | farah

August 21st, 2010 at 12:13 pm

Avatar

salam.. ni farah dri smk (p) sri aman..
bila nk bwt kem agi..teramat rndulah…

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 25

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Assalamualaikum..tanz 4 everything..alhamdulillah dah ada skit perubahan pada seorang kawan saya ni,,dia dah mula pakai tudung (^_^)..insyaallah next year kita jumpe lagi dalam kem ibadah."

Norsaizuliza Binti Adnan