19 Mar, 2010
Kem Motivasi Journey to Success Anjuran Tiaranita Nasional
Alhamdulillah, baru saja tamat berprogram di Excel Training Resort yang tertelak di Lenggeng, Negeri Sembilan. Excel Training Resort ni milik perunding motivasi terkenal, Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah. Ketika kami tiba di sana, ada kumpulan² lain yang sedang berprogram bersama beliau. Rasa meriah pula ramai orang kat sana.
Program kali ini difahamkan di bawah anjuran Tiaranita Nasional untuk anak² staf TM dari seluruh Malaysia seramai 99 orang peserta yang majoritinya adalah peserta lelaki, jarang peserta² kami mempunyai bilangan peserta lelaki yang lebih ramai berbanding perempuan. Bila dah datang dari seluruh Malaysia, besar kemungkinan mereka ni belum kenal antara satu sama lain lagi. Jadi sangat elok kami jalankan aktiviti outdoor terlebih dahulu sebaik saja mereka tiba di tapak lokasi. Alhamdulillah, kami nampak ukhwah sesama meraka mula terjalin dengan aktiviti² kami yang sengaja ‘dikacau-bilaukan’ supaya mereka bergerak aktif dan agresif hehe. Biarpun panas, namun mereka tidak mengeluh.
Siapa yang tidak dapat lupakan peserta paling cilik iaitu adik Izzat Haikal yang baru berusia 11 tahun dari Rawang. Walaupun dia paling muda dan paling kecil saiznya, tapi keletahnya membuatkan dia senang menonjol dalam aktiviti² yang berlangsung. Ecececey, ayat skema berbaur manis hehe. Senang cerita, adik Izzat ni banyak mulut, tapi dia tak bising. Dia baik je. Dengar ceramah pun dengan penuh tumpuan, duduk depan lagi hehe. Adik² yang lain kena contohi adik Izzat ni. Adik² yang lain pun bagus² juga sebenarnya
(ambik hati hehe).
Setiap kali program, pengalaman yang paling susah nak dilupakan mestilah game Sayang si Buta. Ada peserta yang bila diusik terus angkat tangan berdoa supaya dia diselamatkan hehe. Memang comel, tambah pula dia agak berisi dan pakai kopiah. Dia sorang je yang pakai kopiah, mana ada peserta lain yang sealim dia hehe. Yang tak kenal buah nangka pun ada haha. Entah apa benda menggerutu yang dipegangnya. Yelah, mata dah tak nampak, jadi selalulah fikir yang bukan² bila terpegang sesuatu. Kadang² daun pun diorang menjerit. Positive your mind ye adik² hehe.
Dalam borang feedback yang kami terima daripada adik² peserta, ramai yang mencadangkan supaya program ditambah lagi empat hari. Fuh, penat kami nanti kalau terus sambung empat hari hehe. Tapi kami pun sebenarnya belum puas lagi bersama adik² ni. Semuanya ceria, mesra dan mudah bergaul. Walaupun mereka tidak dari golongan umur yang sama, tapi persahabatan antara mereka tetap terjalin. Satu pandangan positif pada mata kami. Harap² ukhwah yang terbina sesama mereka akan terus berkekalan. Oh ye, jangan lupakan kami juga ye
InsyaAllah…ada masa ada peluang boleh kita berjumpa lagi.










