Pada 16- 18 April yang lepas, krew I.P Minda bersama tenaga fasilitator terbaiknya telah berangkat ke Kuala Pilah bagi mengadakan kem motivasi cetusan kesedaran kepada para pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. 3 hari 2 malam yang berlalu bagaikan tidak dirasakan oleh kami semua kerana kerjasama yang telah diberikan oleh lebih 300 orang pelajar di SMA Al-Maidah Ad-Diniah, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.
Krew I.P Minda yang telah terbabit adalah Ust Syaari, Ust Zool Amali, Ust Aziru Alias (Pengarah Eksekutif I.P Minda), Ust Zolkefeli, saudari Nurul Syuhada, Masturah, Ziana, Zulaikha dan beberapa tenaga fasilitator dari Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis seperti saudara Farid, Ehsan, Ainul yang telah memberikan komitmen luarbiasa sepanjang program. I.P Minda mendoakan kesemua adik-adik yang telah menikmati ‘kemanisan iman’ sepanjang program yang telah dilalui agar kita akan dapat bertemu lagi di masa akan datang.
Lagi gambar di sini











