Belia

Program bagi sasaran peserta umum

Dewasa

Program bagi golongan korporat, guru-guru serta warga emas

Info IPM

Pengetahuan am penambah ilmu

Kursus

Kursus khas yang dikendalikan oleh IPM

Siswazah

Program bersama pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Home » Kem Motivasi, Remaja

Kem Kesedaran Anak-anak Cemerlang di Pendang Lake Resort

Submitted by Azhadi on Wednesday, 18 March 20099 Comments

Kem Kesedaran Anak-anak Cemerlang di Pendang Lake Resort

Rasanya ini kali pertama kami ke Pendang, Kedah. Sebelum ni kami pernah berprogram di Dusun Minda Eco Resort, Kuala Nerang. Bila kami ke sana, kami terdiam kagum kerana tempatnya cukup menarik lebih² lagi penginapan fasi berkelas 4 bintang. Buat seminggu pun takpe rasanya hehe.

Di Pendang Lake Resort pun apa kurangnya. Dengan tasik yang luas, kawasan yang cantik, dewan yang selesa, makanan pun sedap² belaka.

Sepanjang 3 hari kami di sana bermula 15 Mac hingga 17 Mac 2009 bagi mengelolakan kem motivasi yang dianjur oleh MRCB untuk pelajar² sekolah SK Bagan Jemal, SK Dato’ Keramat dan SK Kampung Jawa dari Pulau Pinang. Comel² belaka adik² dari Pulau Pinang ni. Harap dapat bertemu lagi di lain masa, insyaAllah.

Satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh seorang fasi kami iaitu Abang Ashrof sewaktu memandu sekitar pukul 3 pagi di lebuh raya dalam negeri Perak. Katanya dia ternampak seperti seorang lelaki berpakaian putih berlari melulu dari seberang jalan ke jalan yang kami lalui kemudian melemparkan sesuatu ke arah kereta Naza Ria yang dipandunya. Abang Ashrof sedikit terkejut waktu itu pada saat dia sedang memotong sebuah bas ekspress.

Yang peliknya, Abang Adi mengekori kereta yang dipandu Abang Ashrof tak jauh di belakang. Tak pula kelihatan ada orang berlari dari seberang jalan. Berpakaian putih pula katanya, mestilah lebih jelas kelihatan. Yang Abang Adi perasan Abang Ashrof tiba² menekan brek ketika memotong bas ekspress. Timbul juga tanda tanya brek kerana apa sedangkan tiada apa² halangan di depannya.

Bila fikir balik, mustahil ada orang boleh melintas jalan dari sebelah sana. Sebab, di antara dua lorong bertentangan terdapat jalan yang dipecahkan agak dalam untuk dibaiki.

Itulah peristiwa pelik yang pernah berlaku sepanjang kami berkhidmat di I.P. Minda ini.

Lupakan kisah misteri tersebut. Ingin Abang Adi kongsikan beberapa gambar sepanjang program Kem Kesedaran Anak-anak Cemerlang berlangsung di Pendang Lake Resort sebagai kenang-kenangan kita bersama.

Semoga kita dapat berjumpa lagi, insyaAllah :)

9 Comments »

  • I.P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy said:

    [...] Mac 2009 sebagai backup team. Sekitar pukul 7:30 pagi backup team ini terpaksa tinggalkan adik² di Pendang Lake Resort untuk berjumpa dengan adik² dari Sekolah Kebangsaan La Salle 1 dan 2 di [...]

  • duwe_myvi said:

    adi xnampak sebab berkat keta DeBoK 2..hehehe

    jalan pi kedah mmg cukup sunyi sikit…emm..walaupn adk2 peserta nakal2 tp mereka adalah permata berharga pada agama..mg allah kurniakan panduan hidup pd kita semua terutama adk2 peserta program walaupun dimana berada..

    MOGA DALAM DOA KITA SEMUA BERSUA…

  • nur syakirah azmi said:

    Assalamualaikum w.b.t

    salam untuk Ustaz azlan.nak tanya,gamba2 mase kem di PCB,Kota Bharu(Kem Permata ibu ayah)tak ade ke??

    ~syakirah~

  • IPM said:

    wa’alaikumussalam syakirah

    Kem Permata Ibu Ayah? bila tarikhnya ye?
    maklumlah kami banyak anjurkan program..
    takut tersilap gambar pula

  • nurdalila musfirah kamaruddin said:

    ASSALAMUALAIKUM.kepada yang membacanya,gambar kem ibadah SMK Alam Megah tak ada ke?

  • IPM said:

    wa’alaikumussalam dalila..
    thanks berkunjung ke blog kami :)
    gambar ada..cuma tak sempat nak upload.
    kami baru habis program di sg. petani dengan kelantan.
    insyaAllah dlm minggu dpn kami upload ye

  • Kem Bersama Pelajar SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi | I.P. Minda Sdn. Bhd. said:

    [...] hanya lebih kurang 3KM dari tol Pendang, Kedah. Sebelum ini kami ke sana bersama peserta² dari 3 buah sekolah rendah di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh MRCB, kali ini kami mengelolakan satu Kem Motivasi Cetusan Kesedaran bagi [...]

  • nur syakirah azmi said:

    pada 17,18 dan 19 julai 2008..
    bertempat di pantai cahaya bulan..
    kota bharu..

  • IPM said:

    lama juga tu. insyaAllah kami akan usahakan mencari

Berikan komen anda!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.