
Assalamualaikum, salam sejahtera. Sihat? Kita semua nak sihat sentiasa kan? Salah satu cara untuk kekal cergas dan sihat adalah dengan melatih otak kita untuk sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah, badan kita agak susah untuk jatuh sakit. Tapi kalau sakit juga, anggaplah ia sebagai dugaan daripada Tuhan. Dan harus diingat, sakit yang dihadapi adalah satu cara untuk menghapuskan dosa tapi dengan syarat…iaitu bersabar dan redha.
Ini kali pertama kami ke SMK Bandar Tasik Puteri yang memakan masa lebih kurang sejam dari syarikat kami. Sejam perjalanan tu termasuk sesat sekali hehe. Akhirnya kami tiba juga di SMKBTP dengan sebuah Naza Ria, sebuah Vanette dan dua buah motosikal milik abang Hassan dan abang Munsyif a.k.a abang Rumput Yang Hijau hehe.
Rasa best pula bila ada di kalangan peserta kami berbangsa Filipina dan Pakistan. Selalunya India dan Cina selain majoriti Melayu. Terasa betul² berada dalam suasana majmuk. Kalau lagi ramai berbilang kaum lagi bagus.
Ada cerita kurang enak didengar pada malam pertama kami menginap di sana. Abang Adi diganggu makhluk halus sekitar pukul 3 pagi. Sudah biasa sebenarnya diganggu, tapi kali ni banyak pula. Lupa nak pasang ubat nyamuk, jadi banyak la makhluk halus tersebut datang menghisap darah manis abang² fasi hehe. Terpaksalah guna kain pelikat buat selimut. Kesian abang Adi tak cukup tidur. Mana taknya, pukul 4:30 pagi dah bangun dikejut peserta² program, sejam lebih awal daripada disuruh. Esoknya semua mata lebam kurang tidur hehe.
Teringin lagi ke SMKBTP. InsyaAllah sampai masa kita akan berjumpa lagi.













