
Salam ceria buat semua…
Sihat ke hari ni? Kami di I.P. Minda mengharapkan sahabat² I.P. Minda sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria² selalu.
Baru habis program di Sek. Men. Teknik Kuala Selangor bagi Kem Cintai Solat selama 3 hari 2 malam di sana. Program ni berlangsung serentak dengan Kem Pemantapan Syakhsiah SMK Raja Ali di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi kami berpecah kepada dua group untuk jayakan kedua² program ni.
Seingat kami, inilah kali pertama kami ke SM Teknik Kuala Selangor. Sekolahnya cantik dengan padang hijau yang cukup luas. Ceramah motivasi dijalankan di dalam dewan serbaguna (ye kot) yang mempunyai kalau tak silap ada 4 court badminton. Nasib baik tak bawa raket, gian juga nak hayun, dah sebulan tak keluarkan peluh hehe. Mungkin kalau ada peluang boleh buat friendly antara team I.P. Minda dengan team badminton SMT Kuala Selangor supaya ukhwah yang terjalin selama 3 hari lalu dapat diteruskan dan dieratkan lagi, insyaAllah.
Dengar² kat SMTKS ni cukup keras. Masa mula² kami jejakkan tayar kereta ke sekolah ni pun dah mula rasa ada sesuatu yang keras di sini. Mana taknya, hampir 95% bangunan sekolah diperbuat daripada simen hehe. Gurau² sekali-sekala.
Di akhir program ketika majlis penutup sempat kami buat suspen kepada adik Ikmal yang hari jadinya jatuh pada tarikh tersebut. Ketika Us Azlan sampaikan ucapan penutupnya, tiba² dia dapat satu panggilan. Wajahnya tiba² bertukar sayu. Kemudian datang abang Arif dari luar dewan dengan keadaan cemas membisikkan sesuatu kepada Us Azlan. Suasana betul² bertukar emosi. Terdengar juga suara² risau dan cemas daripada adik² puteri. Background music dimatikan untuk naikkan lagi suasana cemas. Plan menjadi hehe.
Kemudian, handphone Us Azlan berdering lagi. Tak lama lepas tu Us Azlan memanggil adik Ikmal tampil ke depan untuk bercakap dengan seseorang di talian. Sebenarnya orang yang buat panggilan tu adalah abang Arif eheh. Sedang adik Ikmal bercakap² dengan seseorang dari Lembaga Pendaftaran Negara (kononnyalah eheh), kami nyanyikan lagu Happy Birthday kepada adik Ikmal. Abang Ridhuan masuk ke dewan membawa kek harijadi kepada adik Ikmal dan juga peserta² program yang lain. Kami perasan adik Ikmal menangis sikit. Kami mintak sorry, bukan sengaja, tapi memang nak buat macam tu pun hehe. Dia terharu mungkin. Suasana cemas tadi terus bertukar kepada riuh dan ceria dalam sekelip mata. Cukup meriah waktu itu.
InsyaAllah, kalau berkesempatan lagi kami akan bertandang ke SMT Kuala Selangor. Semoga ukhwah yang terjalin tidak terputus selepas 3 hari lepas, mudah-mudahan…









