I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

15 Oct, 2009

Kem Bersama Pelajar SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi

Posted by: Azhadi In: Remaja 104 views

Kem Motivasi Cetusan Kesedaran SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi

Sudah lama rasanya tak ke Pendang Lake Resort yang terletak hanya lebih kurang 3KM dari tol Pendang, Kedah. Sebelum ini kami ke sana bersama peserta² dari 3 buah sekolah rendah di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh MRCB, kali ini kami mengelolakan satu Kem Motivasi Cetusan Kesedaran bagi pelajar² Tingkatan 4 SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 65 orang pelajar yang menyertai kem ini termasuk beberapa orang pelajar dari Tingkatan 2.

Menurut guru² pengiring, mereka ini adalah pelajar² yang lantang bercakap. Itu sudah bagus. Kami lebih suka kalau ada respon daripada para peserta, lebih² lagi seperti mereka ini. Mereka juga sporting, jadi takdelah kami yang terkaku dengan mereka. Pendek kata, kami gembira dapat bersama dengan mereka.

Difahamkan ada beberapa orang pelajar yang merungut apabila bilik penginapan mereka tidak disediakan aircond. Hanya kipas siling yang meniup tubuh. Tidur dalam suasana yang sedikit panas dan terpaksa menunggu giliran di bilik mandi. Kami dapat tahu yang kebanyakan daripada mereka adalah anak orang berada. Kami mohon maaf atas sebarang kekurangan yang mengundang ketidakselesaan para peserta. Tapi itulah satu cara yang baik untuk kita belajar mengenal siapa diri kita.

Yang kaya bukannya kita, tetapi keluarga kita. Kita hanya menumpang atas kekayaan orang lain iaitu ayah atau ibu kita. Dengan bermalam dalam keadaan serba kekurangan sedikit sebanyak boleh membuatkan kita berfikir, masih ramai orang di luar sana yang hidup jauh lebih seksa berbanding kita. Syukurlah ada kipas siling, sedangkan ada orang lain hanya tidur berpeluh dan dihinggapi nyamuk. Kita mesti belajar supaya tidak selalu memanjakan diri sendiri. Kesusahan boleh datang dalam sekelip mata andai kita alpa dengan kesenangan.

Panjang pula berleter haha. Ok mari kita mengimbas kembali kenangan indah.

Pada hari kedua para peserta sempat merasa untuk bermain kayak di tasik resort yang tenang dan sangat luas. Ada yang takut² tapi berani untuk mencuba. Walaupun baru pertama kali mencuba, tapi semangat untuk belajar itu agak tinggi. Kami bangga dengan adik² dari SMK Jalan 3 ini. Kami pun baru pertama kali bermain kayak. Rasa seronok pula dapat berkayuh di atas air. Kami rasa aktiviti berkayak ini mampu meningkatkan self-confidence diri sendiri. Lagi² yang memilih untuk berkayak secara solo. Ianya sama seperti aktiviti flying fox. Tetapi berkayak memakan masa lebih lama, rasanya itu yang terbaik buat semua.

Program berakhir sekitar pukul 11 pagi. Usai majlis penutup dengan tayangan video sepanjang program dijalankan, semua berangkat pulang dengan dua buah bas sekolah. Kami pula baru hendak mengemas. Dalam sibuk² mengemas, abang Adi telah kehilangan towel biru kesayangannya. Kata makcik cleaner tower biru yang disidai di ampaian sudah diberikan kepada cikgu untuk diserahkan kepada pelajar²nya. Nampaknya para peserta ada ‘buah tangan’ daripada abang Adi hehe.

InsyaAllah minggu depan kami ke SMK Jalan 3 untuk menyampaikan satu slot ceramah di sana untuk pelajar² yang baru menghabiskan PMR. InsyaAllah, dapat berjumpa dengan para peserta ini secara tak langsung. Semoga berjumpa lagi…

Download gambar² program di sini

No Responses to "Kem Bersama Pelajar SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi"

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 42

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Saya suka kem ini. Inilah kem yang paling best yang pernah saya pergi tetapi sayangnya hanya 3 hari 2 malam. Cubalah lama lagi mesti best. Sayang nak tinggalkan tempat ni..."

Nur Ayuni Abdul Rahman
Kem Remaja Ideal 2008