
24 hingga 26 April yang lepas kami berpeluang mengendalikan satu kem motivasi di SM Teknik Selangor, Sungai Buloh dengan peserta seramai 92 orang. Sambutan awal daripada para peserta seperti biasa mereka menunjukkan wajah kurang senang dan bosan. Ada di antara mereka mengatakan sudah banyak kali menghadiri program motivasi tapi satu pun tidak memberi kesedaran kepada mereka. Kami menganggap itu satu cabaran buat kami, dan kami janjikan kelainan dengan program² motivasi yang kami jalankan.
Apa yang kami perasan, peserta² SMTSSB ini lebih matang dan besar² belaka. Lebih besar daripada kami pun ada rasanya. Tapi itu lebih bagus, lebih senang untuk dijadikan kawan.
Bermula aktiviti malam iaitu Candle Xplorace, kami dapat perhatikan seperti mereka mula masuk dengan kami. Rasa seperti tiada masalah untuk lebih rapat dan mesra dengan mereka. Memang itu yang kami harapkan.
Keesokan paginya semua peserta beri kerjasama yang baik untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, terima kasih kepada Azri selaku penghulu yang menjalankan tanggungjawabnya dengan penut komited. Kami memang tabik dengan sikap Azri yang begitu mengambil berat akan amanahnya. Sebelum setiap slot bermula Azri akan pastikan anak-anak buahnya siap berkumpul di dalam dewan. Kami bangga dengan Azri.
Ura² yang kami dengar bahawa ada pelajar yang akan cuba untuk lari dari asrama dan tinggalkan program pada malam pertama sedikit sebanyak buat kami risau juga. Tapi kami yakin dengan persembahan kami, setiap peserta tidak akan tinggalkan program dan berpuas hati serta terhibur dengan kem yang kami jalankan. Alhamdulillah, hingga ke hari terakhir para peserta cukup semuanya.
Kami terhibur dengan adik² di SMTSSB. Kami juga rasa sedih berpisah dengan mereka pada petang 26 April 2009. Tapi setiap pertemuan ada perpisahan. InsyaAllah ada masa boleh berjumpa lagi. Batu Caves dengan Sungai Buloh dekat je hehe. Dengar kata cikgu nak buat program di Tasik Kenyir pula. Jadilah hendaknya ye hehe.
Salam muhibbah dan salam rindu buat adik² di Sekolah Menengah Teknik Selangor Sungai Buloh.









