Selesai saja Program Khemah Ibadah di SMK Puteri Ampang, kami terus ke SAM Jeram pula untuk menjayakan Program Perkhemahan Ibadah bersama 132 orang pelajar terpilih dari Tingkatan 3 dan Tingakatan 5.
Program bermula pukul 9 malam selepas usai solat Isyak berjemaah di surau Al-Firdaus yang baru siap dibina 3 bulan yang lalu. Slot pertama adalah Positive Your Mind yang berjaya menarik minat peserta untuk terus bersama kami, alhamdulillah.
Esoknya dah nak habis program. Sebelum tu, ada satu game yang dijalankan iaitu The Mummy. Secara tak sengaja dapat rakam aksi dua orang peserta yang mencuit hati kami. InsyaAllah nanti kami upload untuk tatapan anda
Dua hari bersama peserta dari SAM Jeram memang tak puas. Baru rasa nak bermesra dengan mereka program dah pun tamat. Kalau diikutkan tak sampai pun dua hari. InsyaAllah, kita dapat berjumpa di lain hari.









