08 Feb, 2009
I.P. Minda bersama SMK Raja Ali di Masjid Wilayah

Salamullahi ‘alaykum…
Apa khabar sahabat2 IP Minda?? Semoga semuanya baik2 belaka. Especially for puteri2 SMK Raja Ali, warga IP Minda doakan anda sihat dan manis selalu.
Alhamdulillah Kursus Pemantapan Syakhsiah Remaja Siri 1, 2009 anjuran Masjid Wilayah dah pun selesai, kami warga IP Minda bersyukur kepadaNya kerana telah mengizinkan kami bersama dengan puteri2 dari SMK Raja Ali dari awal program hingga ke akhirnya. Kami rasa bertuah dan berbangga dengan puteri2 sekalian kerana dapat memberi kerjasama yang sebaiknya dan terlibat secara optimum sepanjang program dijalankan.
Hm, selepas habis program, bertubi2 la puteri2 ni SMS, “calling2″ kami, yang terharunya guna public phone je, macam2 la bila ukhwah terikat, susah nak diputuskan, takde handphone…public phone pun boleh, kami faham, ‘haram’ bawa handphone di asrama, nanti dapat kat ustazah Rohana siapla korang tak boleh balik rumah, hehe. Apapun, abang Hassan (bukan Hassan Maut tu ye) mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang ingat birthday abang..Ada yang panggil ustaz Hassan, pun boleh, mudah2an itu doa daripada you all..
Abang Hassan mewakili Us Zul (Bang Chik sebab dia paling kecik), Us Syaari, Kak Ainon, Kak Dilah, dan semua fasi yang terlibat mengucapkan selamat maju jaya kepada you all, jangan tinggal solat, sayangi mak ayah sementara mereka ada di dunia ini, ingat Allah, cinta Rasul, dan jadilah hamba Allah yang terbaik, cuba sebaik mungkin, kuatkan azam, dan teruskan cita-cita menjadi wanita solehah, kalau dah berumahtangga nanti jadi isteri solehah & ibu mithali. Mudah2an generasi yang akan datang merupakan generasi yang cemerlang dengan erti kata yang sebenar menurut agama Islam yang dicintai.
Semoga bersua lagi insyaAllah..Senyum selalu : )
- Gambar program -









