09 Nov, 2009
Posted by: Leh In:
Remaja 60 views

Kali ini krew I.P. Minda berprogram di Bandar Melawati, Kuala Selangor bersama-sama dengan belia² kawasan Klang. Seramai 40 orang peserta yang hadir pada kem ini. Kebanyakan mereka dalam lingkungan 14 hingga 23 tahun. Walaupun perbezaan umur yang besar, namun pada hari pertama lagi kami dapat lihat para peserta begitu berminat dan sentiasa ceria sepanjang program.
Selain itu para peserta yang berkursus begitu sporting, pendek kata ada saja idea dan buah fikiran yang dapat dikongsikan. Pada program kali ini kebanyakan peserta berketurunan Jawa. Maklumlah kesemuanya berasal dari Klang.
Antara aktiviti yang menyeronokkan ialah ketika para peserta berjalan dalam keadaan menutp mata. Macam-macam ragam mereka yang dapat kita lihat, ada di antaranya yang menyanyi, ada yang ganggu kawan, ada yang sebelah kaki masuk ke longkang, ada yang terlanggar pokok dan macam-macam lagilah. Mungkin pengalaman yang dilalui ini akan segar di dalam ingatan.
Selain keseronokan yang diberikan, para peserta juga diisikan tentang hala tuju dan bagaimana cara untuk melakarkan kejayaan untuk diri sendiri agar kejayaan itu dapat dikongsi dengan keluarga dan insan yang tersayang. Maka benarlah setiap kejayaan itu bermula dari perubahan diri sendiri. Dan daripada perubahan diri itulah akan mengubah menjadi insan yang bisa menggegarkan dunia. Mudah-mudahan ukhuwah ini akan kekal selamanya.
Download: Gambar
29 Oct, 2009
Posted by: Azhadi In:
Remaja 85 views

Ini bukan kali pertama kami ke SMK Hillcrest untuk mengendalikan slot bersama pelajar² di sana. Rasanya pada tahun ini saja sudah 5 kali kami ke SMK Hillcrest. Mungkin juga lebih. Pernah juga terjumpa semula dengan peserta² yang pernah mengikuti program kami dahulu, sama ada di SMK Hillcrest sendiri mahupun di tempat lain seperti di Masjid Wilayah. Alhamdulillah, ukhwah yang tercipta dahulu masih lagi berkekalan.
Baru saja selesai menyampaikan satu kursus di sana yang dinamakan Kursus Praktikal Solat Ketika Sakit pada 28 Oktober 2009. Sehari sebelum itu telah dijalankan satu Kursus Pengurusan Jenazah juga di tempat yang sama dan peserta yang sama. Tapi maaflah, gambar semasa Kursus Pengurusan Jenazah tidak dapat diupload buat masa ini. InsyaAllah pada masa akan datang kalau berkesempatan
Kepada peserta² yang hadir kami ucapkan tahniah dan syabas kerana sudi meluangkan masa untuk mempelajari cara² untuk solat ketika sakit. Solat itu adalah wajib bagi kita, bukan saja ketika sihat malah ketika sakit juga kita perlu melakukan solat. Tetapi Allah itu Maha Adil. Solat ketika sakit dilakukan mengikut cara yang sesuai dengan sakit yang dialami supaya tidak membebankan kita untuk mengerjakannya. Maka dengan itu penting bagi kita mengetahui kaedah² tertentu dalam mengerjakan solat ketika sakit.
Komitmen serta tumpuan peserta amat baik bagi kami. Semoga dengan niat dan usaha yang dicurahkan untuk mendalami kursus praktikal ini dapat dimanfaatkan suatu hari nanti. Mungkin para peserta boleh ajarkan kepada sesiapa saja yang sakit untuk mengerjakan solat dalam keadaan yang betul. Itu satu amalan yang mulia di sisi Allah s.w.t.
Semoga berjumpa lagi pelajar² SMK Hillcrest. Bak kata Ustaz Syaari, banyak lagi video yang belum dipertontonkan kepada para peserta. Kalau nak tengok, insyaAllah jumpa di program lain hari hehe. Salam ukhwah.

26 Oct, 2009
Posted by: Azhadi In:
Remaja 88 views

Apa khabar semua? Sihat²lah hendaknya ye. Sementara badan sihat ni kita perbanyakkanlah amalan baik terutamanya solat² sunat. Kalau badan dan kurang sihat, nak beribadat pun tak bermaya. Jadi waktu sihat inilah kita kena sentiasa ingat pada Yang Maha Esa. Tetapi kebiasaan kita ingat kepada Allah ketika sakit bertandang. Kebiasaan itu harus dielakkan. Sama² kita berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik.
Ok. Baru saja selesai program di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM di Jelebu. Kalau dikira, ini kali ketiga kami ke sana. Sebelum ni kami bersama IJED dan pelajar² dari SMK Jengka dan SMK Jengka Pusat 2. Kali ini kami berpeluang berkenalan dengan belia² di bawah seliaan pihak Felda Kuantan yang terdiri dari usia 16 hingga 29 tahun. Pelbagai peringkat usia, pelbagai gaya dan ragam.
Berbeza dengan program² Felda yang kami jalankan sebelum ini. Belia² dari Felda Kuantan ni lebih mesra dan baik² semuanya. Terasa sejuk hati juga bila ada di antara peserta yang hatinya begitu dekat dengan rumah Allah. Tidak perlulah diberitahu siapakah insan mulia itu. Semoga dia dapat membimbing rakan²nya yang lain walaupun usianya masih lagi muda.
Permulaan program pada hari pertama agak hambar, tidak seperti program yang selalu kami jalankan. Terasa lain benar kali ini. Entahlah, kami juga tidak berapa pasti mana yang tidak betul. Tetapi alhamdulillah, menjelang hari kedua suasana hiburan islamik itu mula terasa. Begitu juga dengan waktu² seterusnya.
Kami difahamkan ada di antara para peserta yang bakal menghadapi SPM tidak lama lagi tetapi masih ingin datang ke kem sebegini. Ada juga yang sudah tidak berapa mampu untuk meneruskan pembelajaran dan tidak mengambil kisah akan lulus gagal setiap ujian yang ditempuh. Tidak mengapa. Kami harap dengan program yang kami jalankan ini sedikit sebanyak membuahkan semangat untuk dia terus berusaha gigih mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. InsyaAllah.
Akhir kata, kami harap dapat bertemu kembali dengan mereka. Seronok juga bila dapat tahu ada di antara mereka yang sudah mempunyai perniagaan sendiri walaupun usia baru mencecah 21 tahun. Kami doakan perniagaannya akan terus berkembang dan maju. Begitu juga dengan peserta² yang lain.
Setiap kita mempunyai masa depan yang kita sendiri tidak pasti. Tapi dengan langkah kita pada masa kini dapat mempastikan masa depan kita nanti.
Download: Gambar
26 Oct, 2009
Posted by: Leh In:
Dewasa 53 views

Usai di Kelantan, ke Negeri Sembilan pula bagi menjayakan Program Mukmin Excellent di Port Dickson bersama dengan eksekutif kumpulan Ramly pada 24 dan 25 Oktober 2009.
Dari Gombak ke Port Dickson mengambil masa dalam 2 jam lebih masa perjalanan. Dalam perjalanan ke sana kami sentiasa memikirkan lagi pengalaman yang ditempuh semasa berada di Kelantan. Ianya adalah pengalaman yang berharga bagi kami.
Para peserta yang hadir kali ini adalah di antara orang yang penting di dalam Ramly. Ramly sinonim dengan makanan yang berasaskan frozen food yang sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia yang tidak mengira warna kulit.
Para peserta yang hadir sentiasa memberi kerjasama yang baik dan mereka tidak lokek untuk memberi senyuman. Selain itu, hubungan mereka amat mesra sehinggakan apabila dianjurkan aktiviti pasti tidak kering gusi dengan gelagat mereka. Jadi tidak mustahillah Ramly begitu popular di Malaysia, mungkin kerana ikatan pekerja bagai sebuah keluarga yang menyebabkan Allah melimpahkan berganda-ganda keberkatan kepada organisasi dan pekerjanya.
Kemesraan yang terjalin selama 2 hari 1 malam bagaikan sebuah mimpi. Terasa sekejap sangat. Banyak yang I. P. Minda ingin kongsikan lagi bersama para peserta Ramly. Namun, tempoh masa yang agak singkat kami cuba memberikan yang terbaik kepada para peserta. Mudah-mudahan Allah akan meningkatkan kualiti dan pencapaian mereka sehingga Ramly mampu menyaingi organisasi yang besar, amin…
25 Oct, 2009
Posted by: Leh In:
Dewasa 70 views

Kali ini kami menjayakan satu program yang dinamakan Kursus Budaya Kerja Cemerlang untuk peserta terdiri daripada guru-guru KEMAS jajahan Kelantan pada 21 hingga 24 Oktober 2009 yang bertempat di Kesedar Inn, Gua Musang.
Bagi saya minggu ini adalah minggu yang penuh dengan cabaran sebab semua krew I. P. Minda belum lagi berkesempatan untuk berehat lebih lama kecuali dalam perjalanan jelah. Selepas berprogram bersama ibu-ibu di Kota Bharu, kami bergerak ke Gua Musang pula. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada masalah buruk yang berlaku.
3 jam kemudian kami sampai ke Kesedar Inn, Gua Musang. Pada sesi ice-breaking di sebelah malam, dapat dilihat kesungguhan para peserta dengan mengikut serta setiap aktiviti dengan baik sekali. Selain itu setiap peserta yang hadir di sini kesemuanya ramah belaka. 4 hari berprogram seolah-olah rasa sekejap saja. Ketika saat perpisahan, itu adalah waktu yang sukar diterima oleh kami semua. Namun begitu, kami dari krew I. P. Minda sentiasa mendoakan ibu-ibu dan para peserta yang lain sentiasa berada dalam rahmat Allah dan bahagia, amin…
Inilah Cik Rosmarina atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ina. Kak Ina pernah ikut program dengan kami anjuran KESEDAR di KES, Kg Sireh, Kota Bharu. Kemudian kami telah menjemput dia untuk menjadi urusetia di Kesedar Inn, Gua Musang.
Kak Ina ni banyak membantu dalam melicinkan lagi program dengan guru-guru KEMAS. Walaupun pertama kali manjadi urusetia dengan I. P. Minda, Kak Ina tidaklah begitu kekok menjadi urusetia. Mudah-mudahan ikatan yang terjalin ini akan kekal selamanya, amin…