1 Februari 2010 , Hulu Langat : Sewaktu program Kem Solat UIA Nilai sedang dijalankan di De Congkak Forest, Hulu Langat, kami di I.P Minda dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan. Ibu kepada salah seorang warga setia I.P. Minda iaitu saudara Azhadi B. Mohd. Hanapi telah kembali ke Rahmatullah. Saudara Azhadi tidak dapat turut serta bersama kami untuk Kem UIA Nilai tersebut kerana terpaksa bergegas pulang bagi menemani ibunya yang dikhabarkan sedang sakit tenat. Sebaik sahaja berakhirnya program di De Congkak Forest, Hulu Langat tersebut, beberapa warga I.P. Minda iaitu Ustaz Azlan, Ustaz Zolkefili, Ustaz Zoul Amali dan saudara Fikri terus bergegas bertolak ke kampung saudara Azhadi di Ketereh, Kelantan. Saudara Azhadi kelihatan tenang dan redha dengan pemergian ibunya. Untuk pengetahuan semua, saudara Azhadi bakal melangsungkan perkahwinan dalam jangka masa 2 minggu lagi iaitu pada 15 Februari. Walaupun begitu, saudara Azhadi masih mampu tenang dan tabah walaupun pelbagai dugaan yang sedang diharunginya. Kami warga I. P. Minda sentiasa mendoakan saudara Azhadi dan seisi keluarga dan semoga arwah ibunya dicucuri rahmatNya.

29 – 31 Januari 2010, Hulu Langat : Tidak ada yang lebih menggembirakan bagi rakan-rakan seperjuangan di I.P Minda melainkan dapat bertemu dengan adik-adik dari Pusat Asasi UIAM kampus cawangan di Nilai yang sudi hadir ‘mencari’ kami selama 3 hari 2 malam di De Congkak Forest, Hulu Langat. Program “Hadirlah Kekasihku Camp” anjuran Mahallah Representative Committee (MRC) ini hakikatnya suatu kenangan yang bukan sahaja sukar untuk rakan-rakan krew di I.P Minda sahaja, bahkan nampaknya juga berlaku kalangan 14 mahasiswa dan 34 mahasiswa yang sudi hadir ke kem ’spiritual journey’ ini.
Terima kasih tidak terhingga dari kami: Ustaz Azlan, abg Syaari, abg Azuhan, abg Zool Amali, abg Fikri, abg Reduan dan seluruh fasilitator-fasilitator I.P Minda kepada seluruh adik-adik yang bertuah menyertai kem ini. Mudah-mudahan kenangan ‘bersama’ Tuhan dalam kem ini tidak akan kalian lupakan buat selamanya Insya-Allah.

Tidak dilupakan penghargaan khusus kepada Ust Che Abdul Majid Che Omar, Madam Normah binti Yatiman, Madam Hazni Mohd Daud dan seluruh 15 urusetia khas dari kalangan senior-senior di UIA Nilai.

Salam kasih sayang dari kami. Ikuti lagi gambar-gambar program di sini.

Sabtu, 16 Januari 2010, Kuantan: I.P Minda telah bermusafir jauh ke bumi Kuantan, kali ini bersama mahasiswa mahasiswi Kuliyah Sains Bersekutu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sana. Terima kasih tidak terhingga kepada urusetia yang telah sudi menjemput kami bagi menjayakan “Solat Rejuvenating Workshop”. Selama hampir 4 jam, mahasiswa dan mahasiswi UIAM Kuantan didedahkan oleh Trainer I.P Minda, Ustaz Muhd Syaari Ab Rahman dengan kuasa Solat dalam membentuk karakter mahasiswa cemerlang. Turut sama dengan beliau adalah saudara Fikri dan Zool Amali.



Isnin, 18 Januari 2010, Petaling Jaya: Alhamdulillah, I.P Minda diberikan penghormatan untuk berganding bahu dengan kumpulan nasyid Inteam dan Saujana ketika menjayakan “Malam Pertama Di Alam Barzakh” di Dewan Al-Malik Faysal, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ustaz Azlan bersama krew I.P Minda iaitu saudara Syaari, Fikri dan Ehsan telah memberikan penyampaian terbaik kepada mahasiswa dan mahasiswi yang membanjiri dewan besar kampus tersebut. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis gemilang pada malam tersebut.



Temuduga Terbuka
Pemilihan ahli Minda Squad Academy (MASSA). Mereka yang terpilih, secara tidak langsung akan menjadi keluarga I.P.Minda Sdn. Bhd.
- Calon yang terpilih akan berpeluang mengikuti Kem “Training for Trainers” yang telah dirangka khusus buat julung-julung kalinya oleh lembaga mesyuarat I.P.Minda Sdn. Bhd.
- Kem ini menjanjikan suatu pengalaman luar biasa yang mencakupi keseimbangan spiritual, emosi dan intelektual sebagai persiapan yang cukup lengkap dan mantap bagi warga MASSA bersama I.P.Minda untuk berhadapan dengan kumpulan sasar pada masa akan datang.
- Mereka juga berpeluang mengikuti program-program yang akan dikelolakan oleh I.P.Minda Sdn. Bhd. yang lazimnya merangkumi kumpulan sasar daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, IPTA & IPTS, korporat dan sebagainya di seluruh negara.
- Bagi mereka yang berminat, berikut adalah maklumat lanjut temuduga terbuka ini:
- Tarikh: 7 Februari 2010 (Ahad)
- Waktu: 9:30 pagi hingga 5:30 petang
- Tempat:
Pejabat I.P.Minda Sdn. Bhd.,
55-1A Tingkat 1, Jln. SBC 1,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Tel.: 03-6189 5303
Faks.: 03-6189 5305
- Terbuka kepada calon yang berumur di antara 20 hingga 30 tahun
- Hanya 10 orang fasi lelaki dan 20 orang fasi perempuan diperlukan
- Sila bawa bersama sijil-sijil yang berkaitan, salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran passport