
Ujian membumikan karakter kepemimpinan Rasulullah S.A.W dan Muhammad bin Murad teruji di bumi Darul Quran apabila krew I.P Minda iaitu Ustaz Syaari, Ust Zool Amali, saudara Azhadi dikerahkan untuk memikirkan module system terbaik bersama fasiliti dan teknologi I.P Minda sedia ada untuk melaksanakan Akademi Kepemimpinan Mahasiswa Al-Fateh 2010 pada 30 orang mahasiswa mahasiswi pelajar pertama program Ijazah USIM di Darul Quran JAKIM pada 5-7 Mac lepas. Walaupun ketiadaan Master-Trainer Ust Azlan, namun pengalaman saudara Zool Amali merangkap bekas YDP MPP DQ sudah cukup banyak membantu menyempurnakan perjalanan modul spiritual journey dan kepimpinan berpasukan AL-FATEH Values. Terima kasih pada saudara Zul dan Fatimah sebagai ketua Persatuan Mahasiswa USIM-DQ (PERMAS) atas inisiatif dan kerja kuat anda untuk memastikan akademi ini akhirnya berjaya disempurnakan. Terima kasih pada semua peserta atas kerjasama yang sentiasa ’sporting’ telah kalian tampilkan serta rakan-rakan dari Kelab Fasilitator (KEFDA) DQ. Continue reading “Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh Mahasiswa DQ-USIM” »

Pada 12 – 14 Februari yang lepas, I.P Minda telah mengendalikan sebuah kem motivasi kepimpinan mahasiswa iaitu Sekretariat Kerohanian seluruh Kolej-kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia. Bagaikan satu cabaran besar kerana pasukan yang akan kami kendalikan training kali ini adalah mereka yang berada pada kedudukan paling strategik dalam menggerakkan gelombang dakwah dan aktiviti kerohanian di UPM.
Kem ini pada asalnya tidak dinamakan sebagai Kem Kepimpinan Al-Fateh. Namun, 3 hari 2 malam perjalanan pengisiannya telah diprojek dan disusun dengan baik hasil brainstorming Ustaz Syaari, Ustaz Azlan, Ustaz Azuhan, Ustaz Zool Amali, saudara Fikri dan rakan-rakan fasilitator I.P Minda yang lain, dengan tujuan sekurang-kurang 5-6 karakter kepimpinan terpenting Sultan Muhammad Al-Fateh dimodulkan secara praktikal tanpa disedari oleh peserta bahawa ia adalah karakter baginda.
Continue reading “Kem Kepimpinan Mahasiswa Sekretariat Kerohanian UPM” »
11 Feb, 2010
Posted by: Syaari In:
Remaja 11 views

Pada 5 – 6 Februari lepas bertempat di Nur Bukit Unggul, Bangi, I.P Minda telah bersama para pengawas di SMK Bandar Tun Hussein Onn menjalani sebuah program kem kepimpinan selama 2 hari. Pendekatan program yang sangat santai, namun sentiasa sarat dengan mesej-mesej kepimpinan berpengaruh dari para trainers seperti Ust Syaari, Ust Azuhan, saudara Fikri dan Zool Amali terus menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh para peserta. Semoga kem ini akan memberikan semangat dan pedoman kepimpinan lebih berkualiti kepada seluruh peserta program dari kalangan adik-adik yang dikasihi sekalian.

Bagi menjiwai AL-FATEH Values dengan lebih realistik, pemain-pemain utama I.P Minda iaitu Us Azlan, Syaari, Fikri, Azuhan, Zool Amali, Ehsan, Hafizah, Nurul Syuhada telah melatih diri masing-masing ‘memanah’ dengan tepat di Ampang Plaza. Peluang menguji kompetensi masing-masing dalam menjatuhkan pin serentak (strike) telah menyerlahkan satu semangat persaingan sihat kalangan keluarga I.P Minda pada setiap malam minggu tersebut. Walaupun saudara Fikri dan Azuhan dilihat terus unggul menjuarai carta kejohanan ‘memanah’ ini, namun semangat dan kuasa ‘fokus’ Al-Fateh tetap menyerap masuk ke jiwa seluruh keluarga I.P Minda tersebut.

Pemilihan ahli Minda Squad Academy (MASSA) dilanjutkan selama seminggu mulai 7 Feb 2010 hingga 14 Feb 2010. Mereka yang terpilih, secara tidak langsung akan menjadi keluarga I.P.Minda Sdn. Bhd.
* Calon yang terpilih akan berpeluang mengikuti Kem “Training for Trainers” yang telah dirangka khusus buat julung-julung kalinya oleh lembaga mesyuarat I.P.Minda Sdn. Bhd.
* Kem ini menjanjikan suatu pengalaman luar biasa yang mencakupi keseimbangan spiritual, emosi dan intelektual sebagai persiapan yang cukup lengkap dan mantap bagi warga MASSA bersama I.P.Minda untuk berhadapan dengan kumpulan sasar pada masa akan datang.
* Mereka juga berpeluang mengikuti program-program yang akan dikelolakan oleh I.P.Minda Sdn. Bhd. yang lazimnya merangkumi kumpulan sasar daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah, IPTA & IPTS, korporat dan sebagainya di seluruh negara.
* Bagi mereka yang berminat, berikut adalah maklumat lanjut temuduga terbuka ini:
o Tarikh: 7 Februari – 14 Februari 2010 (Ahad)
o Waktu: 9:30 pagi hingga 5:30 petang
o Tempat:
Pejabat I.P.Minda Sdn. Bhd.,
55-1A Tingkat 1, Jln. SBC 1,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor.
Tel.: 03-6189 5303
Faks.: 03-6189 5305
o Terbuka kepada calon yang berumur di antara 20 hingga 30 tahun
o Hanya 10 orang fasi lelaki dan 20 orang fasi perempuan diperlukan
o Sila bawa bersama sijil-sijil yang berkaitan, salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran passport