12 Apr, 2010
Posted by: Azhadi In:
Remaja 18 views

Pada 9 hingga 11 April 2010 yang lalu yakni Jumaat hingga Ahad, kami ke Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM A) KEMAS di Kuala Selangor bagi menjayakan Kem Remaja Ideal bersama adik² dari sekitar Parlimen Gombak yang dianjurkan oleh pihak KEMAS Selangor. Kebanyakan mereka ni belum lagi kenal semuanya kecuali yang datang dari satu tempat mungkin dah kenal lama. Walaupun tak kenal, kami nampak semuanya takde masalah nak sesuaikan diri dan bergaul dengan kawan² baru. Yang bestnya, semua peserta sporting, senang kami nak berinteraksi dengan mereka.
Kem kali ini pihak KEMAS Selangor menjemput dua orang penceramah luar bagi mengisi slot BTN dan juga Gejala Dadah daripada AADK Kuala Selangor. Penerangan tentang dadah banyak dedahkan tentangkan jenis² dadah dan tanda² serta akibat daripada pengambilan dadah tertentu. Pendedahan macam ni memang bagus kalau diteruskan supaya remaja² mahupun orang dewasa tidak terjerumus dengan najis dadah ni. Ditambah pula dengan slot² kesedaran daripada kami, insyaAllah, masyarakat yang berkualiti dapat diwujudkan.
Macam biasa, outdoor game yang paling popular dan kelakar semestinya Sayang si Buta hehe. Ada yang berenang bawah rumah, ada yang tersangkut tali, yang naik buai sambil mata kena tutup pun ada hehe. Kalau nak tengok, boleh download video tersebut kat bawah. Memang kelakar
Tapi ketawa² pun di akhir game ada falsafah yang penting buat mereka.
InsyaAllah, di lain masa boleh berjumpa lagi dengan suasana yang lebih menarik dan penuh ilmiah serta sahsiah.
Download: Gambar | Video (116 MB)
06 Apr, 2010
Posted by: Syaari In:
Belia 2 views

Alhamdulillah, pada 2 – 4 April yang lepas, bertempat di Kompleks Latihan Saujana Asahan, Asahan, Melaka, I.P Minda dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Melaka telah menjalankan satu program motivasi Kem Belia Ideal membabitkan 47 orang belia dengan 14 lelaki dan 33 orang perempuan. Antara trainer dan staf yang telah terbabit adalah Ust Azlan Jalil, Ust Aziru Alias, Us Zool Amali, Us Azuhan Ismail, saudara Fikri Hakim, saudara Wan Mohd Ridhuan, Cik Izzati, Cik Hartini, dan Cik Nazurah. Manakala urusetia KEMAS Melaka yang telah memantau dan membantu perjalanan program adalah Cik Izzatul Yusrah, Puan Noraini, Cik Azzurah, Cik Azlinda, En Bismi, dan Hj Abul Hassan.
I.P Minda mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia KEMAS dan seluruh para peserta yang sudi menjayakan Kem ini.
Download: Gambar 1 | Gambar 2

Assalamualaikum.
Pengumuman buat semua alumni I. P. Minda Training & Consultancy. Mengambilkira program-program yang semakin banyak, Jabatan Motivasi sedang mencari 3 orang pekerja baru untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai trainer dan juruteknik. Berikut adalah keterangan lanjut :
- Jawatan kekosongan : Trainer / Juruteknik (sepenuh masa)
- Kelayakan : Lepasan Diploma atau Ijazah
- Umur : 25 – 30 tahun
- Keutamaan : Bagi pemohon jawatan sebagai trainer, keutamaan diberikan pada mereka yang mempunyai pengalaman sebagai fasilitator dalam program-program kem remaja ataupun korporat
Jika anda berminat, hantarkan resume ke ipm_minda05@yahoo.com.my atau hubungi kami di 03-61895303 atau 019-6221985 (En. Syaari). Jika memenuhi kriteria yang kami mahukan, anda akan dihubungi untuk sesi temuramah.
Terima kasih.

Tidak ada sebaik-baik penyaksian kepada tahap keimanan dan ketaqwaan “sebaik-baik ketua” yang menerima pujian dari Rasulullah ini, melainkan dokumentasi sejarah yang merakamkan tulisan wasiatnya kepada anak-anaknya. Sultan Muhammad sangat memahami bahawa nasib Usmaniah dan jatuh bangun pengaruh kota pentadbirannya, Istanbul yang telah beliau asaskan sangat bergantung kepada kualiti generasi pelapis yang beliau tinggalkan. Sejarah dunia telah membuktikan betapa ramai kepimpinan yang hebat dilahirkan namun segalanya musnah apabila generasi pelapis dan pengganti yang mewarisi sangat lemah dan goyah.
Inilah wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh kepada anaknya saat menjelang kematiannya. Ia diambil dari kitab karangan “Khilafah Turki Usmaniah” karangan Dr. Muhammad Ali As-Sollabi. Wasiat ini melukiskan gambaran jernih tentang sikap dan akhlaknya, asas-asas kepemimpinannya, nilai-nilai dan prinsip hidupnya yang dia yakini serta keinginannya agar para penggantinya mengikuti apa yang dia yakini. Dia berwasiat :
Continue reading “Bagaimana Sultan Muhammad Mendidik Anaknya” »
19 Mar, 2010
Posted by: Azhadi In:
Remaja 74 views

Alhamdulillah, baru saja tamat berprogram di Excel Training Resort yang tertelak di Lenggeng, Negeri Sembilan. Excel Training Resort ni milik perunding motivasi terkenal, Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah. Ketika kami tiba di sana, ada kumpulan² lain yang sedang berprogram bersama beliau. Rasa meriah pula ramai orang kat sana.
Program kali ini difahamkan di bawah anjuran Tiaranita Nasional untuk anak² staf TM dari seluruh Malaysia seramai 99 orang peserta yang majoritinya adalah peserta lelaki, jarang peserta² kami mempunyai bilangan peserta lelaki yang lebih ramai berbanding perempuan. Bila dah datang dari seluruh Malaysia, besar kemungkinan mereka ni belum kenal antara satu sama lain lagi. Jadi sangat elok kami jalankan aktiviti outdoor terlebih dahulu sebaik saja mereka tiba di tapak lokasi. Alhamdulillah, kami nampak ukhwah sesama meraka mula terjalin dengan aktiviti² kami yang sengaja ‘dikacau-bilaukan’ supaya mereka bergerak aktif dan agresif hehe. Biarpun panas, namun mereka tidak mengeluh.
Siapa yang tidak dapat lupakan peserta paling cilik iaitu adik Izzat Haikal yang baru berusia 11 tahun dari Rawang. Walaupun dia paling muda dan paling kecil saiznya, tapi keletahnya membuatkan dia senang menonjol dalam aktiviti² yang berlangsung. Ecececey, ayat skema berbaur manis hehe. Senang cerita, adik Izzat ni banyak mulut, tapi dia tak bising. Dia baik je. Dengar ceramah pun dengan penuh tumpuan, duduk depan lagi hehe. Adik² yang lain kena contohi adik Izzat ni. Adik² yang lain pun bagus² juga sebenarnya
(ambik hati hehe).
Continue reading “Kem Motivasi Journey to Success Anjuran Tiaranita Nasional” »