
Pada 30 April hingga 1 Mei baru-baru ini I. P. Minda berkesempatan menjalankan Leadership Training di Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Putra Malaysia selama 2 hari 1 malam. Program ini telah diketuai oleh Master Trainer Kepimpinan Ustaz Syaari Ab. Rahman, dibantu oleh Ust Zool Amali, saudari Fikri, saudara Azhadi dan saudari Nurul Syuhada.
Walaupun keadaan masa yang begitu terbatas, namun feedback yang positif telah diperolehi oleh para peserta yang kesemuanya merupakan pimpinan baru Majlis Tertinggi Mahasiswa di KTDI.
Antara modul yang telah dijalankan adalah Kuasa Pemikiran Positif Pemimpin Mahasiswa Islam, Visi dan Misi Hidup Pemimpin, dan Kuasa IQ-EQ-SQ Muhammad Al-Fateh Dalam Gerakerja Berpasukan.
Download: Gambar
I. P. Minda berpeluang mengadakan ceramah motivasi Kuasa Peta Minda kepada pelajar SPM di SMK Seksyen 9 , Shah Alam awal pagi tadi. Slot telah dijayakan oleh Ustaz Syaari dan saudara Azhadi. SMK Seksyen 9 merupakan sekolah Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lepas dan kes tersebut masih dalam siasatan polis.
Apapun, tidak dapat dinafikan jelas suasana hiba melatari guru-guru dan para pelajar sekolah ini. Hampir kesemua rakan-rakan sekelas arwah kami dimaklumkan tadi masing-masing menyimpan keratan akhbar wajah arwah dlm meja masing-masing, mungkin sebagai tanda berkabung.
Continue reading “Belasungkawa Buat Allahyarham Aminulrashid Amzah (SMK Seksyen 9)” »

Pada 23 – 25 April baru-baru ini bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, I.P Minda telah diberikan peluang untuk membuat latihan kepimpinan kepada para pemimpin mahasiswa dari sebuah IPTS terkenal di Lembah Klang iaitu Technology Park Malaysia College Sdn. Bhd. dengan jumlah peserta hampir 40 orang. Antara trainer dan failitator yang telah terbabit adalah Ustaz Syaari, Ustaz Zool Amali, saudari Nurul Syuhada, Adillah dan Eza. Walaupun I.P Minda tidak mampu menyampaikan keseluruhan modul-modul kepimpinan untuk meraikan modul-modul outdoor yang disediakan oleh pihak campsite, tetapi majoriti peserta telah memberikan feedback yang sangat memberangsangkan kepada I.P.M khususnya Puan Sri Yanti Mohd Salmongel selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej TPM selepas modul “Kuasa Pemikiran Inovatif Muhammad al-Fateh”
Continue reading “Leadership Camp Kolej TPM Catat Pelbagai Rekod Luarbiasa” »
26 Apr, 2010
Posted by: Syaari In:
Remaja 0 views

Pada 17 April baru-baru ini, I.P Minda bertuah kerana dijemput buat julung-julung kalinya mengadakan program sehari di sebuah SMKA yang terkenal di Melaka iaitu SMKA Syarifah Radziah. Program motivasi menuju SPM 2010 itu telah membabitkan hampir 80 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Ustaz Syaari telah mengepalai delegasi dari I.P Minda bersama para fasilitator yang lain iaitu saudari Nurul Syuhada, saudara Abdul Hadi dan saudari Huda Nordin. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Ustazah Rubiah yang telah memberikan kepercayaan kepada I.P Minda untuk mengendalikan kem motivasi sehari ini.
Lagi gambar di sini
19 Apr, 2010
Posted by: Syaari In:
Remaja 16 views

Pada 16- 18 April yang lepas, krew I.P Minda bersama tenaga fasilitator terbaiknya telah berangkat ke Kuala Pilah bagi mengadakan kem motivasi cetusan kesedaran kepada para pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. 3 hari 2 malam yang berlalu bagaikan tidak dirasakan oleh kami semua kerana kerjasama yang telah diberikan oleh lebih 300 orang pelajar di SMA Al-Maidah Ad-Diniah, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.
Continue reading “Kem Kesedaran di SMA Kuala Lipis, Pahang” »