22 Oct, 2009
Posted by: Leh In:
Dewasa 15 views

Pada 19 hingga 21 Oktober 2009 lepas telah berlangsungnya Program Ahli Isi Rumah di Kelantan English School (KES) yang terletak di Kg. Sireh di bawah anjuran pihak KESEDAR.
Sebaik sahaja selesai berprogram bersama dengan peserta dari Perlis kami menuju ke Kelantan Darul Naim pula. Kali ini perjalanan memang cukup mencabar, kami perlu melalui jalan yang belum pernah kami lalui. Hanya berpandukan peta sahaja kami bergerak untuk menuju ke Kelantan.
Kali ini peserta yang hadir ke KES ialah golongan wanita-wanita dan ibu-ibu. Diserikan lagi dengan kehadiran anak-anak kecil yang turut dibawa oleh ibu-ibu ini. Bagi krew I. P. Minda ini adalah pengalaman pertama kami dapat mengendalikan program bersama ibu-ibu dan juga anak-anaknya.
Sepanjang program selama 3 hari 2 malam ini para peserta dihidangkan dengan pelbagai perkara dalam usaha untuk mengubah nasib kehidupan agar mampu mengecap kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan oleh I. P. Minda bersama dengan mereka dapat diamalkan dan kenangan yang terpahat di hati akal kekal selamanya. Mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi…
19 Oct, 2009
Posted by: Leh In:
Remaja 27 views

Pada 16 hingga 18 Oktober krew I. P. Minda yang diketuai oleh Ustaz Azlan telah menuju ke negeri Perlis Indera Kayangan yang terletak di kawasan rekreasi dan pelancongan. Perjalanan yang mengambil masa selama hampir 5 jam tidak terasa kepenatannya apabila melihat kehijauan alam yang cukup cantik dan memukau pandangan.
Pada program kali ini para peserta adalah daripada kalangan penuntut Kolej Komuniti di Perlis. Hampir 40 orang peserta yang ikut serta dalam program ini. Kesemua para peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang program. Apa yang menarik ialah terdapat 2 orang peserta yang kuat melatah. Kedua-duanya adalah kawan baik dan saling mengusik. Bagi saya jarang ada peluang macam ni sebenarnya hahaha…
Dalam program ni para peserta ditekankan dengan misi dan visi kehidupan yang jelas untuk sentiasa maju kehadapan dan buangkan tabiat negatif dan prasangka buruk yang lahir di dalam diri. Mudah-mudahan mutiara-mutiara yang diperoleh di dalam program ini mampu memupuk diri dan memajukan diri, insyaallah.