Belia

Program bagi sasaran peserta umum

Dewasa

Program bagi golongan korporat, guru-guru serta warga emas

Info IPM

Pengetahuan am penambah ilmu

Kursus

Kursus khas yang dikendalikan oleh IPM

Siswazah

Program bersama pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Home » Kepimpinan

Kursus Kepimpinan & Motivasi Kolej Komuniti Kuantan

Submitted by Azhadi on Tuesday, 15 December 2009No Comment

Lama juga tak ke Cherating. Sejak belajar di Johor dulu, Cherating ni laluan wajib saya untuk balik ke kampung di Kelantan. 12 Disember yang lepas saya berkesempatan untuk ke sana bersama dengan empat orang rakan sepejabat sebagai satu team untuk menjayakan Kursus Kepimpinan & Motivasi anjuran Kolej Komuniti Kuantan selama sehari. Kali ni bukan sekadar lalu, tapi menginap satu malam di sana.

11 Disember iaitu pada hari Jumaat lepas kami berprogram di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tapi pada malamnya kami harus tinggalkan adik² di Masjid Wilayah untuk bertolak ke Cherating sekitar pukul 12 malam. Program di Masjid Wilayah diserahkan kepada satu team kami yang lain. Perjalanan lancar melalui lebuhraya Timur-Barat. Kami tiba di Cherating Bay Resort sekitar 3:30 pagi. Rasa bersalah pula dengan Puan Maisarah terpaksa bangun tidur untuk menjemput kami.

Pukul 7:30 kami bersiap ke dewan. Program bermula pukul 8:30 pagi dan tamat pada 5:30 petang. Pada mulanya risau juga kalau² tak dapat nak ‘masuk’ dengan para peserta yang majoritinya berusia 18 dan 19 tahun. Alhamdulillah, semuanya dapat beri kerjasama yang baik dan mesra belaka. Kursus sehari ni pun dapat dijalankan dengan baik kecuali masa minum petang yang terjadi sikit ralat. Mungkin sebab takde komunikasi yang baik antara kami dengan pihak cafe. Kami mohon maaf sangat².

Daripada borang muhasabah yang kami terima, ramai yang mengharapkan kami dapat jalankan lagi program sedemikian untuk jangka masa yang lebih panjang. InsyaAllah, kalau ada peluang kita dapat berjumpa dalam program 3 hari pula. InsyaAllah, program 3 hari kami lebih menarik, lebih informatif dan lebih seronok, kami jamin ;)

Download: Gambar

Berikan komen anda!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.