I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

18 Mar, 2009

Kem Kesedaran Anak-anak Cemerlang di Pendang Lake Resort

Posted by: Azhadi In: Remaja 339 views

Kem Kesedaran Anak-anak Cemerlang di Pendang Lake Resort

Rasanya ini kali pertama kami ke Pendang, Kedah. Sebelum ni kami pernah berprogram di Dusun Minda Eco Resort, Kuala Nerang. Bila kami ke sana, kami terdiam kagum kerana tempatnya cukup menarik lebih² lagi penginapan fasi berkelas 4 bintang. Buat seminggu pun takpe rasanya hehe.

Di Pendang Lake Resort pun apa kurangnya. Dengan tasik yang luas, kawasan yang cantik, dewan yang selesa, makanan pun sedap² belaka.

Sepanjang 3 hari kami di sana bermula 15 Mac hingga 17 Mac 2009 bagi mengelolakan kem motivasi yang dianjur oleh MRCB untuk pelajar² sekolah SK Bagan Jemal, SK Dato’ Keramat dan SK Kampung Jawa dari Pulau Pinang. Comel² belaka adik² dari Pulau Pinang ni. Harap dapat bertemu lagi di lain masa, insyaAllah.

Satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh seorang fasi kami iaitu Abang Ashrof sewaktu memandu sekitar pukul 3 pagi di lebuh raya dalam negeri Perak. Katanya dia ternampak seperti seorang lelaki berpakaian putih berlari melulu dari seberang jalan ke jalan yang kami lalui kemudian melemparkan sesuatu ke arah kereta Naza Ria yang dipandunya. Abang Ashrof sedikit terkejut waktu itu pada saat dia sedang memotong sebuah bas ekspress.

Yang peliknya, Abang Adi mengekori kereta yang dipandu Abang Ashrof tak jauh di belakang. Tak pula kelihatan ada orang berlari dari seberang jalan. Berpakaian putih pula katanya, mestilah lebih jelas kelihatan. Yang Abang Adi perasan Abang Ashrof tiba² menekan brek ketika memotong bas ekspress. Timbul juga tanda tanya brek kerana apa sedangkan tiada apa² halangan di depannya.

Bila fikir balik, mustahil ada orang boleh melintas jalan dari sebelah sana. Sebab, di antara dua lorong bertentangan terdapat jalan yang dipecahkan agak dalam untuk dibaiki.

Itulah peristiwa pelik yang pernah berlaku sepanjang kami berkhidmat di I.P. Minda ini.

Lupakan kisah misteri tersebut. Ingin Abang Adi kongsikan beberapa gambar sepanjang program Kem Kesedaran Anak-anak Cemerlang berlangsung di Pendang Lake Resort sebagai kenang-kenangan kita bersama.

Semoga kita dapat berjumpa lagi, insyaAllah :)

9 Responses to "Kem Kesedaran Anak-anak Cemerlang di Pendang Lake Resort"

1 | I.P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

April 2nd, 2009 at 2:57 pm

Avatar

[...] Mac 2009 sebagai backup team. Sekitar pukul 7:30 pagi backup team ini terpaksa tinggalkan adik² di Pendang Lake Resort untuk berjumpa dengan adik² dari Sekolah Kebangsaan La Salle 1 dan 2 di [...]

2 | duwe_myvi

April 10th, 2009 at 11:31 pm

Avatar

adi xnampak sebab berkat keta DeBoK 2..hehehe

jalan pi kedah mmg cukup sunyi sikit…emm..walaupn adk2 peserta nakal2 tp mereka adalah permata berharga pada agama..mg allah kurniakan panduan hidup pd kita semua terutama adk2 peserta program walaupun dimana berada..

MOGA DALAM DOA KITA SEMUA BERSUA…

3 | nur syakirah azmi

May 12th, 2009 at 5:55 pm

Avatar

Assalamualaikum w.b.t

salam untuk Ustaz azlan.nak tanya,gamba2 mase kem di PCB,Kota Bharu(Kem Permata ibu ayah)tak ade ke??

~syakirah~

4 | IPM

May 13th, 2009 at 2:47 pm

Avatar

wa’alaikumussalam syakirah

Kem Permata Ibu Ayah? bila tarikhnya ye?
maklumlah kami banyak anjurkan program..
takut tersilap gambar pula

5 | nurdalila musfirah kamaruddin

July 13th, 2009 at 4:53 pm

Avatar

ASSALAMUALAIKUM.kepada yang membacanya,gambar kem ibadah SMK Alam Megah tak ada ke?

6 | IPM

July 17th, 2009 at 10:12 am

Avatar

wa’alaikumussalam dalila..
thanks berkunjung ke blog kami :)
gambar ada..cuma tak sempat nak upload.
kami baru habis program di sg. petani dengan kelantan.
insyaAllah dlm minggu dpn kami upload ye

7 | Kem Bersama Pelajar SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi | I.P. Minda Sdn. Bhd.

October 15th, 2009 at 11:18 am

Avatar

[...] hanya lebih kurang 3KM dari tol Pendang, Kedah. Sebelum ini kami ke sana bersama peserta² dari 3 buah sekolah rendah di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh MRCB, kali ini kami mengelolakan satu Kem Motivasi Cetusan Kesedaran bagi [...]

8 | nur syakirah azmi

November 5th, 2009 at 10:44 pm

Avatar

pada 17,18 dan 19 julai 2008..
bertempat di pantai cahaya bulan..
kota bharu..

9 | IPM

November 9th, 2009 at 10:42 am

Avatar

lama juga tu. insyaAllah kami akan usahakan mencari

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 30

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"assalamualaikum kepada semua..jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem remaja ideal ini..kem ini amat baik untuk semua golongan..terutama pada golongan remaja..kerana kem ini memberi banyak motivasi dan banyak pendedahan yang penting untuk kita menjadi manusia yang berjaya dan khalifah allah yang berguna..semua aktiviti yang dijalankan amat memberangsangkan dan amat baik untuk saya..melalui ipminda ini dpat memotivasikan diri,dapat menjadikan saya insan yang lebih baik lagi..oleh itu kem ini harus diteruskan dan saya berharap dapat mengikuti program ini lagi...semoga semuanya diberkati allah dan semuanya berjalan lancar...amin"

Norhayanti Binti Nordin