I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

04 Aug, 2009

Kem Cetusan Kesedaran SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

Posted by: Azhadi In: Remaja 225 views

Kem Cetusan Kesedaran SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

Kami baru saja selesai berprogram di SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, Puchong selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Ogos yang lepas. Kali ini kami datang berlapan, empat jejaka dan empat srikandi eheh. Hampir 80 orang pelajar yang menyertai kem ini yang mana pelajar perempuan adalah golongan majoriti. Biasalah, mana² sekolah pun selalunya pelajar perempuan yang lebih. Pernah juga sekali pelajar lelaki berkali² ganda melebihi pelajar perempuan. Ketika itu kami berprogram di Masjid Wilayah pada tahun lepas.

Kami sangat seronok dengan adik² SMKS4BK ni. Hampir semunya sporting dan berikan kerjasama yang baik dengan kami. Mudahlah kami nak bermesra dengan pelajar² SMKS4BK yang terdiri daripada pelajar Tingkat 3 dan 5. Kalau semuanya pasif, susah juga kami. Terlalu senyap pun boring juga. Sekali sekala nak juga bergelak tawa bersama. Alhamdulillah, peserta² ini semuanya baik.

Satu pengalaman yang mungkin tidak dapat kami lupakan pada malam pertama di SMKS4BK. Waktu itu pukul 1 pagi. Abang Hadi, abang Hassan, abang Ridhuan dan abang Azuhan mula melelapkan mata. Sekitar 2:30 pagi abang Hadi tersentak secara tiba². Mata terkebil² memandang siling. Entah kenapa rasa seperti dikejutkan seseorang. Perasaan pula tiba² rasa gelisah semacam. Badan dipusing ke kiri menghadap abang Hassan yang sedang lena mimpi di khayalan. Mata cuba dipejam, tapi sukar untuk lelap.

Seketika terasa seperti ada seseorang atau mungkin lebih tepat disebut ’sesuatu’ sedang berjalan ke arah kami dari belakang abang Hadi. Semakin ‘ia’ menghampiri, semakin tegak bulu roma berdiri. Terasa seperti diperhatikan ketika tidur. Ayat Kursi dan doa tidur dilafaz, moga² perasaan kembali tenang. Alhamdulillah, sekitar 4:30 pagi kami tersedar dari tidur. Terus bersiap untuk menunaikan Qiamullail bersama² dengan para peserta.

Sebelum bertolak balik, abang Ridhuan dan abang Azuhan mengatakan kejadian yang sama seperti yang abang Hadi rasakan pada malam sebelumnya. Hanya abang Hassan yang tidak diganggu. Walau apapun ia, tidak perlulah kita merasa takut. Ia juga makhluk Tuhan. Bak kata pakcik Meor ketika di Glory Beach Resort, hantu adalah satu bentuk tenaga yang tidak mempunyai rupa. Ia akan menyerupai sesuatu berdasarkan pemikiran kita tentangnya. Mungkin bulu roma naik disebabkan tenaga yang terhasil daripada jasadnya. Jadi, tak perlu takut apa² hehe.

Jadi kisah seram pula blog ni. Ok. Berbalik kepada cerita program.

Kami sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan sepanjang program berjalan. Sedap² belaka. Kami percaya para peserta juga berpuas hati. Tapi tak pula dengar mereka memuji. Mungkin dah biasa makan yang sedap² di kantin tu agaknya. Mereka memang beruntung.

Entah bila dapat berjumpa dengan mereka lagi. Buat adik Nazrul, insyaAllah kami akan ke gerai burger Nazrul. Katanya nak bagi harga diskaun hehe. Baguslah, muda² dah cari pengalaman berniaga. Semoga Nazrul berjaya suatu hari nanti.

Adik Amar dan Tucy, semoga boleh menjadi pemimpin yang baik nanti. Adik Hidayah, Nazrin, Saifuddin dan semua yang menyertai Kem Cetusan Kesedaran pada 1 dan 2 Ogos lepas semoga dapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM akan datang, amin.

Download gambar² program di sini

4 Responses to "Kem Cetusan Kesedaran SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara"

1 | shazwani

August 7th, 2009 at 9:27 pm

Avatar

assalamualaikum.
All of us had a great time , it was awesome.
And ramai gak member skang download lagu Taubat Seorang Hamba haha.
You guys buat shaz made a lot of thinking about the things I’ve done .
Thank u so much for the great experience :)

2 | Adi

August 10th, 2009 at 3:06 pm

Avatar

wa’alaikumussalam shaz…
alhamdulillah..lagu tu mmg bagus utk dihayati selalu.
we also have a great moment with u guys :)

3 | syazmeera

August 20th, 2009 at 2:41 pm

Avatar

as’salam..
salam syg drpd smk seksyen 4,
thanks a lot for all the advises.

4 | Azhadi

August 20th, 2009 at 3:02 pm

Avatar

salam syg juga buat syaz :)

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 26

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Program ini mampu membuka minda peserta tentang kematian dan impaknya amat besar sekali. Ia bagaikan ’ice breaking’ untuk sebuah kehidupan yang matlamatnya nanti adalah persiapan sebuah kematian. Tahniah dan syukran jazilan."

Mohd Sabarudin Talib
Kem Mukmin Excellence, Amanah Raya Berhad