30 Jul, 2009
IPM Kelolakan Program Anjuran Felcra Wilayah Tengah
Tiga hari kami berkampung di Glory Beach Resort yang terletak di Port Dickson untuk menjayakan Program Kepimpinan Jatidiri & Keusahawanan AJKKP anjuran pihak Felcra Wilayah Tengah. Seramai 119 peserta berusia antara 19 hingga 83 tahun dari Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan berkumpul dan berkursus di sini.
Alhamdulillah, program tiga hari ini yang bermula pada 27 hingga 29 Julai dapat dijalankan dengan baik walaupun terdapat sedikit insiden kanvas dewan terkoyak ditiup angin kencang sekitar pukul 7 pagi pada hari ketiga program. Akibat kain kanvas yang terkoyak, papan layar terjatuh lalu terpatah. Terima kasih kepada krew² teknikal resort yang segera membaiki segala kerosakan dengan pantas. Tanpa mereka, mungkin perjalanan program pagi itu sedikit terganggu.
Rasa beruntung sebagai peserta program anjuran Felcra. Mana tidaknya, Felcra menjalankan program di tempat yang cukup selesa. Siapa yang tidak rasa selesa di penginapan berstatus 4 bintang? Makan juga sedap² belaka dengan 6 kali makan sehari. Patutlah berat badan kami bertambah. Saya naik 4kg, Ustaz Azam pula bertambah 2kg. Kalaulah setiap program begini, alamatnya bulan depan saya kena tempah seluar baru untuk ke ofis hehe.
Kami juga rasa senang dan gembira dengan para peserta yang sporting semuanya. Tidak lupa juga kepada Encik Lim, satu-satunya peserta berbangsa Cina bagi program ini yang turut sama berkongsi kaedah melakukan senaman Tai Chi seawal 7 pagi sambil menghadap pantai. Satu kenangan yang sukar hendak dilupakan.
Bertuah juga rasa bila dapat berkenalan dengan pakcik Meor yang mempunyai satu team menangkap hantu di Selangor. Pakcik Meor juga membincangkan sesuatu dengan saya dan Ustaz Syaari berkenaan dengan satu perkara yang menjadi tanda tanya kami selama ini. Biarlah perkara itu kami rahsiakan, risau pula akan timbul lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Jelas, pakcik Meor memang luas daya pemikirannya. Kami harap dapat bertemu lagi dengan pakcik Meor untuk berbincang dengan hal² lain.
Segala perkongsian, pengalaman, kenangan akan kekal abadi di ingatan. InsyaAllah, ada ruang dan masa kita akan bersua lagi.









