16 Jul, 2009
Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) di PCB Resort
Pada 13 hingga 15 Julai yang lepas kami ke PCB Resort di Kota Bharu, Kelantan untuk menjayakan Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) anjuran RISDA Negeri Kelantan bagi Siri 5 tahun 2009. Tiga hari kami di sana rasa cukup gembira dengan para peserta yang memberikan kerjasama cemerlang sepanjang program berjalan. Perkhidmatan pihak PCB Resort juga memang layak diberikan pujian. Juadah makan pun sangat menyelerakan sebanyak enam kali sehari. Terasa seperti program banyak makan pula.
Walaupun tentatif program setiap hari agak padat dengan pengisian, tetapi para peserta tetap berikan kerjasama yang terbaik buat diri mereka. Oh ya, para peserta kebanyakannya terdiri daripada peserta berumur 40 tahun ke atas. Sebab itu kami rasa berbangga dengan mereka kerana mengikuti program penting buat masa depan mereka ini. Terima kasih juga kepada pihak RISDA kerana menganjurkan program sebegini yang sangat membantu golongan berpendapatan rendah.
Jangan ingat program bagi peserta² vateran ni tidak ada game. Sama seperti program² remaja, mereka juga main The Mummy dan Sayang si Buta. Paling best senaman Tai Chi Qi Gong yang dibuat di tepi pantai pada pukul 7 pagi. Tapi sayangnya pagi itu agak mendung. Tak dapat nak melihat matahari terbit. Namun, senaman Tai Chi dapat menghiburkan mereka di samping menyihatkan badan.
Program bersama I.P. Minda tamat pada pukul 2 petang. Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 5 petang selepas rehat selama 3 jam. Singgah makan pulut durian di rumah saudara. Satu kerugian kalau tak pekena pulut durian di musimnya. Usai solat Maghrib di Masjid Kg. Laut, Nilam Puri, kami terus menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur dan tiba di rumah masing² sekitar pukul 2:30 pagi. Satu pengalaman yang amat menyeronokkan.










