Usai di Kelantan, ke Negeri Sembilan pula bagi menjayakan Program Mukmin Excellent di Port Dickson bersama dengan eksekutif kumpulan Ramly pada 24 dan 25 Oktober 2009.
Dari GombakĀ ke Port Dickson mengambil masa dalam 2 jam lebih masa perjalanan. Dalam perjalanan ke sana kami sentiasa memikirkan lagi pengalaman yang ditempuh semasa berada di Kelantan. Ianya adalah pengalaman yang berharga bagi kami.
Para peserta yang hadir kali ini adalah di antara orang yang penting di dalam Ramly. Ramly sinonim dengan makanan yang berasaskan frozen food yang sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia yang tidak mengira warna kulit.
Para peserta yang hadir sentiasa memberi kerjasama yang baik dan mereka tidak lokek untuk memberi senyuman. Selain itu, hubungan mereka amat mesra sehinggakan apabila dianjurkan aktiviti pasti tidak kering gusi dengan gelagat mereka. Jadi tidak mustahillah Ramly begitu popular di Malaysia, mungkin kerana ikatan pekerja bagai sebuah keluarga yang menyebabkan Allah melimpahkan berganda-ganda keberkatan kepada organisasi dan pekerjanya.
Kemesraan yang terjalin selama 2 hari 1 malam bagaikan sebuah mimpi. Terasa sekejap sangat. Banyak yang I. P. Minda ingin kongsikan lagi bersama para peserta Ramly. Namun, tempoh masa yang agak singkat kami cuba memberikan yang terbaik kepada para peserta. Mudah-mudahan Allah akan meningkatkan kualiti dan pencapaian mereka sehingga Ramly mampu menyaingi organisasi yang besar, amin…










