Pada 31 September hingga 2 oktober 2009 telah diadakan Program Pembangunan Minda Insan anjuran Pejabat RISDA negeri Kelantan untuk peserta RISDA di bawah projek SPKR (Skim Program Kesejahteraan Rakyat) negeri Kelantan. Turut hadir di dalam program kali ini ialah Encik Hamsani bin Abdul Rahman selaku Pegawai SERANTA merangkap Penyelaras Kursus PPMI siri pertama, Encik Zahari bin Mat Amin selaku Timbalan Pengarah RISDA negeri Kelantan, Encik Ismail bin Ya, Tuan Haji Alias bin Omar adalah antara pegawai-pegawai daripada RISDA yang turut hadir di program ini. Program ini dikelolakan oleh konsultan motivasi I. P. Minda Sdn. Bhd. iaitu Ustaz Azlan bin Abdul Jalil merangkap Pengarah Urusan I.P. Minda Sdn. Bhd., Ustaz Aziru bin Alias Selaku Pengarah Eksekutif I. P. Minda Sdn. Bhd., Ustaz Zolkefili bin Jamjam dan Encik Fikri Hakim bin Abd Latif.
Di hari pertama, para peserta hadir seawal 12 tengahari di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Para peserta yang hadir adalah seramai 121 orang dari jajahan Pasir Puteh. Mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah telah diberi peluang yang amat besar daripada pihak RISDA di dalam usaha untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat. Pada jam 3.00 petang para peserta berkumpul di dewan Sri Tanjung 5 untuk sesi taklimat dan perkenalan yang dikelolakan oleh Ustaz Aziru bin Alias selaku Pengarah Eksekutif I. P. Minda. Encik Hamsani bin Abdul Rahman juga turut memberi sedikit taklimat dan panduan kepada para peserta program. Kira- kira jam 4.15 petang berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga, kawasan resort terputus bekalan elektrik berpunca daripada ribut yang berlaku di sepanjang persisiran pantai. Namun begitu sesi taklimat masih diteruskan dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak peserta. Tidak berapa lama kemudian kami mendapat maklumat bahawa seluruh jajahan Pasir Puteh menghadapi masalah yang sama terputus bekalan elektrik.
Pada jam 11.00 malam barulah bekalan elektrik disambungkan. Syukur alhamdulilah. Kemudian program disambung semula dengan jayanya hinggalah ke hari yang terakhir. Para peserta yang hadir pada program kali ini begitu bersemangat dan sentiasa ceria. Kami dari pihak ipminda juga berterima kasih kepada pihak RISDA kerana banyak memberi bantuan dan kerjasama sepanjang program. Di akhir program para sentiasa mengharapkan kursus seperti dianjurkan lagi pada masa akan datang.










