I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

10 Oct, 2009

PPMI Siri Ketiga di Tok Bali

Posted by: Azhadi In: Dewasa 54 views

RISDA SPKR PPMI Siri 3

Alhamdulillah. Siri ketiga bagi Kursus Perubahan Sikap ke Arah Pembentukan Jatidiri anjuran RISDA Negeri Kelantan di bawah program PPMI telah berjaya dijalankan. Kemungkinan ini adalah siri PPMI yang terakhir anjuran RISDA Negeri Kelantan pada tahun 2009.

Lokasi masih di tempat yang sama seperti siri-siri sebelum ini iaitu di Sweet Beach Resort, Tok Bali yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Memandangkan bulan ini sudah masuk musim tengkujuh, kami tidak terkecuali daripada dilanda hujan yang agak lebat. Tetapi kami dan mereka yang terlibat amat bertuah kerana pihak Sweet Beach Resort menyediakan satu dewan yang kedap bunyi dari luar. Hujan yang lebat di luar langsung tidak kedengaran. Kalau tidak, sedikit terganggu juga konsentrasi para peserta dan juga penceramah IPM iaitu Ustaz Azlan Abdul Jalil. Syabas buat pihak resort atas kemudahan yang layak menerima pujian.

Kami tidak sangka para peserta yang terdiri daripada mereka yang tergolong dalam SPKR amat mesra dan sporting semuanya, hinggakan ada yang sanggup duduk dan berdiri di atas meja untuk melindungi ‘maruah’ mereka daripada musnah yang disimbolikkan dengan sebuah kubu kad yang dibina secara berkumpulan. Aktiviti indoor tersebut memang menarik, ditambah pula dengan kerjasama daripada urusetia pihak RISDA sendiri yang memang sporting. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak boleh merapatkan hubungan sesama peserta bahkan dengan pihak RISDA dan kami juga.

Apabila tibanya waktu untuk berpisah pada hari ketiga, kami terharu apabila didatangi oleh seorang peserta lelaki mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali kepada kami terutamanya kepada Ustaz Azlan atas segala ilmu yang dicurahkan. Dan katanya, dia akan mengajak ahli keluarganya untuk menunaikan solat sunat Tasbih sebanyak 300 kali tasbih. MasyaAllah… Semoga pakcik tersebut mendapat rahmat yang berpanjangan dan segala urusannya dipermudahkan serta mendapat kesenangan dunia dan akhirat. Tidak lupa juga dengan para peserta yang lain.

Dalam perjalanan pulang kami sempat singgah di sebuah kedai menjual keropok lekor di Tok Bali. Tok Bali terkenal dengan ikan-ikannya yang segar. Keropok lekor yang dibeli juga rasanya sangat sedap, bolehlah buat alas perut sedikit dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6 jam.

Kami berharap dapat berjumpa lagi dengan para peserta SPKR, insyaAllah.

No Responses to "PPMI Siri Ketiga di Tok Bali"

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 24

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Jutaan terima kasih buat semua yang menjayakan program yang berbentuk keagamaan. Dalam pelbagai program yang pernah saya ikuti inilah program yang terbaik, kerana dapat memotivasikan diri, menyedarkan, serta pelbagai ilmu yang amat berguna di dunia dan akhirat. Semoga Allah memberkati setiap langkah IP MINDA.Alhamdulillah. Amin."

Noor Lisdiana Binti Ahmad
Kem Remaja Ideal 2009 KEMAS Negeri Sembilan