I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

06 Oct, 2009

PPMI Siri Kedua di Tok Bali

Posted by: Leh In: Dewasa 52 views

Risda 2

Pada 2 – 4 Oktober 2009 telah diadakan Program Pembangunan Minda Insan anjuran Pejabat RISDA negeri Kelantan untuk peserta RISDA di bawah projek SPKR (Skim Program Kesejahteraan Rakyat) negeri Kelantan. Turut hadir di dalam program kali ini ialah Encik Hamsani bin Abdul Rahman selaku Pegawai SERANTA merangkap Penyelaras Kursus PPMI siri kedua, Tuan Haji Yahya bin Mohamed selaku Ketua Unit SPKR, Encik Maxtor, Encik Kamal, Encik Nik Ramzi dan Encik Mohamed Rosid adalah antara pegawai-pegawai daripada RISDA yang turut hadir di program ini. Program ini dikelolakan oleh konsultan motivasi I. P. Minda Sdn. Bhd. iaitu Ustaz Azlan bin Abdul Jalil merangkap Pengarah Urusan I. P. Minda Sdn. Bhd., Ustaz Aziru bin Alias Selaku Pengarah Eksekutif I. P. Minda Sdn. Bhd., Ustaz Zolkefli bin Jamjam dan Encik Fikri Hakim bin Abd Latif.

Di hari pertama, para peserta hadir seawal 12 tengahari di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Para peserta yang hadir adalah seramai 114 orang dari jajahan Pasir Puteh. Mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah telah diberi peluang yang amat besar daripada pihak RISDA di dalam usaha untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat.

Di sepanjang program para peserta sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan sentiasa ceria. Selain itu mereka juga sentiasa memberi kerjasama yang baik di setiap aktiviti yang dilakukan. Tidak lupa juga kepada pihak RISDA yang banyak membantu kami dari ipminda. Mudah –mudahan program ini sedikit sebanyak mampu memberi input kepada para peserta tentang indahnya sebuah kehidupan yang mempunyai landasan yang baik, insya allah.

2 Responses to "PPMI Siri Kedua di Tok Bali"

1 | nur

November 9th, 2009 at 3:23 pm

Avatar

salam buat semua yang berada di IP Minda,
pertama kali saya menyertai sebuah kem yang mengungkapkan semua aspek dlam kehidupan
sebagai khlifah di bumi ini..
pengisian slot yang menyentuh jiwa, merangsang minda untuk berfikir tentang dunia ciptaan-Nya,
dan menjadikan diri ini menemui jalan BAHAGIA..
Terima kasih kepada semua fasi dan ustaz2 yang menjayakan kem motivasi ini…

2 | IPM

November 9th, 2009 at 5:21 pm

Avatar

sama². semoga kita beroleh manfaatnya insyaAllah

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 24

  • farah: salam.. ni farah dri smk (p) sri aman.. bila nk bwt kem agi..teramat rndulah...
  • fykafirana: i hope kekawan seme tabah hadapi ni...i pun kalau laeh nak gak bela aminul tu...apa2 pun hanya doa je yang dapat disampaikan dari disi...
  • fykafirana: hai!i dari sekolah lain,i pun ada kawan kat sekolah dek 9 tu...i nk ucapkan takziah buat dekolah sek 9 n family arwah aminul rashid
  • izzah Mawaddah(ex-smapt): assalamualaikum syukran jazilan kpd ip minda yang sudi melaksanakan program motivasi yang amat berkesan kepada pljar SMAPT........... barakallahulak
  • kak siti (Kota Tinggi, Johor): setelah menghadiri kursus pd 14-17 jun 2010, penceramah masa 2 ustaz Zool jadi sangat tertarik dengan cara pengendalian. Harap dapat adakan di Johor u
  • kerol ( imran panggil mafia): imran ko set time nnti ko bg tau aq....rindu serindu nyer kat abg n akq facy dh lame x jumpe hahahah
  • kerol ( imran panggil mafia): aq nk bwk gf aq bley x huhu....imran biley nk gath cpt sikit aq mls dok umah bowink la hahahah...imran ko support aq auw hahah

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Kem yang dibuat oleh IP MINDA sungguh berkesan dapat memberi kesedaran kepada kami. Contohnya sikap negatif ke sifat positif. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi."

Mohamad Shahrul Azmil Bin Zahran
Kem Remaja Ideal KEMAS Perak