04 Dec, 2009
Positive Working Attitude Staf FELCRA Semenanjung Malaysia
Apa khabar kepada semua pembaca blog IPM semua? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di samping menjalankan aktiviti harian. Semenjak dari awal bulan Disember tahun lepas lagi saya tak sempat untuk mengemaskini program yang saya ikuti. Dengan masa terluang yang ada ini saya mula menyusun berapa program yang saya belum sempat muatkan ke dalam blog.
Saya masih lagi ingat pada awal bulan tahun lepas, ketika saya menjalankan program dengan staf-staf daripada FELCRA Sdn Bhd dari seluruh negeri yang bertempat di Pusat Latihan FELCRA Changkat Lada, Perak pada 1 hingga 3 Disember 2009. Pada program kali ini ada beberapa kelainan yang ketara, hampir kesemua pesertanya adalah dari golongan muda bawah dari 35 tahun.
Pada malam pertama, ada satu slot khas bersama-sama dengan ESQ. Ia adalah salah satu syarikat modal insan gergasi di Indonesia. Pada malam itu, para peserta berpeluang untuk mendengar persembahan ceramah daripada mereka.
Apa yang menarik tentang mereka ini ialah, ketika sesi awal (ice breaking) lagi mereka telah menunjukkan kerjasama yang baik. Lebih-lebih lagi, apabila tiba saat permainan yang mencabar seperti paintball. Walaupun ianya salah satu permainan yang agak merbahaya. Mereka dapat bermain dengan baik sekali dan mampu tersenyum.
Program 3 hari 2 malam cukup menyeronokkan bersama dengan mereka, terutamanya ketua kumpulan yang banyak membantu iaitu Abang Shahrul dan Kak Zah. Mereka cukup prihatin menjaga rakan-rakan mereka. Mudah-mudahan hubungan ini dapat dikekalkan selamannya.
p/s: jika ingin mendapatkan CD program di Pusat Latihan Felcra, harap dapat hubungi saya melalui emel saya amar.sujana@yahoo.com.











