I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

11 Dec, 2009

Kursus Kecemerlangan Diri RISDA Melaka Tengah

Posted by: Leh In: Dewasa 0 views

Kali ini saya berprogram dengan peserta-peserta daripada RISDA yang bertempat di Grand Continental Hotel, Melaka dari 7 hingga 10 Disember 2009. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut lagi tentang program ini, saya ingin berkongsi sedikit keistimewaan Melaka. Kebetulan hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Di waktu malam bandar Melaka di penuhi dengan kerlipan lampu yang berwarna-warni, dan kemudian disediakan bot yang membawa penumpang di sepanjang Sungai Melaka merentasi bandar Melaka. Walaupun di waktu malam, suasana di sini cukup meriah dengan kehadiran pelancong yang tidak putus-putus. Cukup menarik dan cantik hinggakan para peserta yang hadir pun mengagumi keindahan Melaka. Jadi tidak hairanlah bandar Melaka dinobatkan sebagai pusat pelancongan di Malaysia.

4 hari 3 malam di sini amat bermakna bagi krew ipminda. Kebanyakan peserta di sini terdiri daripada golongan usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan dan golongan usahawan yang telah berjaya. Peserta yang mengikurti kursus ini berasal daripada segenap pelusuk negeri di sememnanjung Malaysia.

Saya masih ingat lagi salah seorang peserta yang bernama Kak Nor yang mempunyai perniagaan membela ayam. Katanya, sekarang ini dia memiliki ayam tidak kurang daripada 15,000 ekor. Selain itu dia turut membela lembu dan kambing. Kemudian Kak Zura yang memiliki perusahaan udang mentah bersama-sama dengan suaminya. Dalam usia 26 tahun dia telah berjaya mengeksport produknya ke Paris, Itali dan beberapa negara luar. Ini adalah antara perusahaan orang-orang Malaysia yang berjaya. Mereka ini patut dicontohi kerana sikap dan kerajinan mereka sehinggakan mampu berjaya ke tahap internasional. Tahniah buat mereka!

Sepanjang 4 hari program, banyak yang krew ipminda dapat berkongsi pengalaman daripada mereka, antaranya dengan Encik Azhar yang banyak memberikan nasihat dan pandangan tentang arah kehidupan bagi setiap individu haruslah berpandukan kehendak tuhan. Bagi saya, ini adalah program yang terbaik yang pernah saya ikuti kerana kesemua pesertanya sangat baik ibarat sebuah keluarga. Walaupun mereka berasal dari negeri yang berbeza dan dialek-dialek yang berbeza. Ikatan persaudaraan antara mereka cukup erat. Ketika di saat perpisahan saya saksikan sendiri tangisan yang ditangisi oleh mereka mengakhiri perpisahan. Mudah-mudahan Allah akan menemukan kita di perjumpaan yang akan datang. Terima kasih juga kepada Encik Sauffe pegawai daripada RISDA Wilayah tengah yang banyak membantu di dalam menjayakan ini.

* Cik Ira yang berasal dari Perlis akan menamatkan zaman bujangnya pada 6 Februari 2010. Kami dari ipminda mengucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu dan dirahmati oleh Allah swt.

No Responses to "Kursus Kecemerlangan Diri RISDA Melaka Tengah"

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 25

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Program ini mampu membuka minda peserta tentang kematian dan impaknya amat besar sekali. Ia bagaikan ’ice breaking’ untuk sebuah kehidupan yang matlamatnya nanti adalah persiapan sebuah kematian. Tahniah dan syukran jazilan."

Mohd Sabarudin Talib
Kem Mukmin Excellence, Amanah Raya Berhad