I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

07 Jun, 2009

Kem Pemantapan Akidah & Bina Taqwa Bersama IJED

Posted by: IPM In: Dewasa 103 views

IJED di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM

Salah sejahtera kami ucapkan kepada anda.

Baru² ini kami berkesempatan menjayakan satu program bersama dengan JAKIM di Pusat Pemantapan Akidah (PPA) di Jelebu, Negeri Sembilan selama 4 hari 3 malam. Jarang sekali kami dapat bersama dengan para peserta yang terdiri daripada orang barisan hadapan negara iaitu askar² dari Institut Kejuruteraan Tentera Darat Port Dickson atau singkatannya IJED.

Satu pengalaman yang paling menarik rasanya adalah Kembara Zikir pada hari ketiga program. Fasi² dan satu batalion askar serta beberapa orang pegawai² JAKIM turut sama mendaki bukit meredah hutan sejauh 5km di belakang PPA. Apa yang menarik, askar² akan ‘diserang’ sebelum sampai ke Checkpoint 2 dengan menggunakan bom belon yang berisi air. Bagi menambahkan lagi keseronokan suasana ‘perang’, meriam buluh dan bom bola diletupkan sebelum kami sebagai fasi yang akan membaling bom belon ke arah mereka sebaik sahaja mereka berada di lembah bukit. Nasib baik mereka tak dibekalkan senjata, kalau tidak habis kami ‘diserang’ balik hehe.

Pada hari terakhir kami bersama mereka di sana, rasa hiba melanda di hati. Walaupun tidak sepanjang masa kami bersama mereka, kami merasakan seperti ada satu ikatan yang rapat telah wujud. Kami berharap suatu hari nanti kita berpeluang untuk berjumpa lagi, insyaAllah.

4 Responses to "Kem Pemantapan Akidah & Bina Taqwa Bersama IJED"

1 | ain

July 21st, 2009 at 8:00 pm

Avatar

assalamualaikum w.b.t.
sekolah menengah kebangsaan alam megah punya takde ke?

2 | IPM

July 22nd, 2009 at 4:36 pm

Avatar

wa’alaikumussalam ain..
ada..tapi belum sempat update lagi.
byk program tgh queue utk diupdate.
sabar ye ain :)

3 | Peserta Felda Kuantan di PPA Jakim | I.P. Minda Sdn. Bhd.

October 26th, 2009 at 4:12 pm

Avatar

[...] Akidah JAKIM di Jelebu. Kalau dikira, ini kali ketiga kami ke sana. Sebelum ni kami bersama IJED dan pelajar² dari SMK Jengka dan SMK Jengka Pusat 2. Kali ini kami berpeluang berkenalan dengan [...]

4 | ismaildin43@yahoo.com

November 2nd, 2011 at 4:34 pm

Avatar

saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 42

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Kem yang dibuat oleh IP MINDA sungguh berkesan dapat memberi kesedaran kepada kami. Contohnya sikap negatif ke sifat positif. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi."

Mohamad Shahrul Azmil Bin Zahran
Kem Remaja Ideal KEMAS Perak