Belia

Program bagi sasaran peserta umum

Dewasa

Program bagi golongan korporat, guru-guru serta warga emas

Info IPM

Pengetahuan am penambah ilmu

Kursus

Kursus khas yang dikendalikan oleh IPM

Siswazah

Program bersama pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Home » Dewasa, Kem Motivasi

IPM di Sweet Beach Resort, Tok Bali Kelantan

Submitted by Hassan Adli on Thursday, 30 July 20093 Comments

Kursus Pembangunan Minda ke arah Pembentukan Jatidiri Pekebun Kecil anjuran RISDA Negeri Kelantan

Alhamdulillah, 27 hingga 29 Julai, dua program bertembung, satu di Port Dickson, satu lagi di Kelantan. Us Azlan Abd Jalil selaku ketua team ‘Kelantan’ ditemani dengan saudara Azuhan, Leh, dan Hassan telah bertolak ke Kelantan pada jam 1.40 pagi 27 Julai 2009. Kami berempat tiba di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan pada 27 Julai 2009 sekitar jam 9 pagi. Pendaftaran peserta diuruskan oleh pihak Felcra Negeri Kelantan pada jam 12 tengahari, jadi di kesempatan masa yang ada, kami sempat berehat untuk mengecas semula tenaga yang hilang kerana keletihan disebabkan perjalanan yang memakan masa selama 6 jam.

IP Minda telah memulakan operasi dari ‘hati ke hati’ bermula jam 2.30 petang sehinggalah ke penghujung program yang diberi nama “Kursus Pemantapan Minda Insan-Ke Arah Pembentukan Jati Diri Pekebun Kecil”. Kursus ini dianjurkan oleh pihak FELCRA Negeri Kelantan dan dikelolakan oleh pihak  IP Minda sendiri. Alhamdulillah para peserta yang terdiri daripada kalangan remaja yang berusia belasan tahun sehinggalah yang berumur sekitar 70-an memberikan kerjasama yang baik sepanjang kursus.

Pada awalnya, jumlah peserta hanya 60 lebih sahaja, tetapi Alhamdulillah pada sebelah malamnya, jumlah peserta telah meningkat seramai 84 orang. Pada hari kedua kursus, jumlah peserta meningkat lagi menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 89 orang. Walaupun usia yang berlainan, tahap pemikiran yang berlainan, namun Us Azlan telah berjaya menimbulkan rasa ukhuwah yang mendalam di kalangan para peserta tanpa mengenal usia dan darjat. Buktinya, setiap aktiviti dan permainan berfalsafah yang dijalankan menampakkan rasa ‘kekeluargaan’  di antara satu sama lain dalam setiap kumpulan, minda mereka semakin positif dengan setiap gerak kerja yang mereka lakukan. Minda positif inilah yang cuba disemai agar keluarnya mereka daripada program ini dapat mempraktikkan minda positif yang sama dalam kehidupan harian mereka.

Kursus ini deceriakan lagi dengan alunan lagu “Kau dan Aku” dan “Keluarga Bahagia” yang dinyanyikan oleh saudara Hassan secara live. Di saat perpisahan,terasa berat di hati kami untuk meninggalkan pak cik, mak cik, ayah, ibu, abang, adik, kakak yang menyertai kursus ini, itulah bibit ukhuwah yang terbina selama 3 hari 2 malam, namun cinta dan kasih kerana Allah tersemat di sanubari. Semoga kita bertemu lagi insya-Allah…

Download gambar² program di sini

3 Comments »

  • shuhada said:

    program kt tok bali ari2 mmg best!!!!!!rase nk joim blik r..thanks bb bnyk kngsi ilmu..ur da bezz!!!!!

  • Hassan Adli (author) said:

    pgalaman mengajar erti kehidupan..ada pluang kita jumpa lg

  • NURUL ANIS HASSAN said:

    SLM..kaifa haluka ya akhi jadid???all the best 4 u life……….

Berikan komen anda!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.