IPM Bersama Guru-guru KEMAS di KEMAS Wilayah Persekutuan
Assalamualaikum dan salam ceria. Kami di IPM harap anda sihat dan ceria² selalu di samping mendapat keredhaan Allah setiap waktu.
Agak lama juga kami tidak mengelolakan program bersama pihak KEMAS. Kali terakhir pada awal tahun ini iaitu slot motivasi 2 jam selama 4 hari berturut². Pada 10 Jun yang lepas kami berpeluang lagi bersama dengan pihak KEMAS Wilayah Persekutuan untuk mengelolakan satu program yang dinamakan Kursus Budaya Kerja Cemerlang selama 4 hari 3 malam.
Kami di IPM mengucapkan terima kasih kepada pihak KEMAS Wilayah Persekutuan atas perkhidmatan yang baik dan memuaskan sepanjang program berjalan terutamanya tempat penginapan dan makanan. Bukan kami saja, para peserta juga berpuas hati dengan penginapan yang selesa ala² hotel dan makanan yang sungguh lazat. Rasanya ada yang naik sekilo dua berat badan hehe.
‘War Game’, ‘Samurai Challenge’ dan ‘Tai Chi Qi Gong’ rasanya akan menjadi aktiviti yang tidak dapat dilupakan para peserta, bahkan kami di IPM jua. Aktiviti yang penuh dengan gelak tawa dan menghiburkan pasti akan menjadi memori indah bersama. Paling tidak dapat dilupakan adalah gelagat peserta ketika permainan ‘Samurai Challenge’, hampir pecah perut dibuatnya hehe. Terima kasih kepada para peserta kerana menjayakan permainan ini.
Akhir kata, diharap ukhwah yang terjalin bukan hanya 4 hari tetapi tetap kekal selamanya. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain masa.

Berikan komen anda!