I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

06 Dec, 2009

Program Belia Cemerlang Kemas Negeri Kedah

Posted by: Leh In: Belia 0 views

Sebaik sahaja selesai berprogram bersama-sama dengan staf-staf FELCRA. Krew IPM memulakan perjalanan untuk menuju ke Negeri Kedah Darul Aman untuk berprogram dari 3 hingga 5 Disember 2009. Di sana kami akan berprogram dengan golongan belia dari kawasan Negeri Kedah. Walaupun kami bertolak agak lewat, tetapi satu team lagi telah pun bertolak lebih awal untuk mengawal keadaan. Team yang diketuai oleh saya telah sampai di Bendang Man Resort pada jam 9.30 malam. Syukur pada tuhan, sempat juga tiba pada waktu yang sesuai.

Di sini, golongan belianya berbeza-beza umur. Ada yang masih bujang, ada yang masih lagi belajar dan ada yang sudah berkahwin. Namun begitu, mereka masih boleh memberi kerjasama yang baik kepada fasilitator-fasilitator dan ketua mereka. Inilah keistimewaan orang-orang Kedah. Betul tak!

Aktiviti yang amat menarik di Kedah ialah, ketika bermain permainan Sayang Si Buta. Laluan yang dibuat betul-betul terletak di lereng bukit. Jadi, macam-macam gelagat yang boleh dilihat di waktu itu. Ada yang menarik kawan-kawan, ada yang berpusing-pusing dekat pokok, dan ada yang jatuh berguling. Macam-macam adegan yang mencuit hati terjadi disini. Alhamdulillah tiada kecedaraan yang serius berlaku sepanjang aktiviti ini.

Di hari akhir, Penghulu program ditemuramah oleh Sinar Harian edisi Utara. Beliau memberi ulasan bahawa program seperti ini patut diperluaskan lagi untuk golongan belia dan remaja supaya mereka lebih jelas dan tahu halatuju kehidupan yang harus dipilih. Kesannya, ia mampu untuk mewujudkan belia yang berjiwa merdeka dan cemerlang dari segi sahsiah dan minda.

Program pertama dengan Kemas Kedah Darul Aman sememangnya memberi kenangan yang indah buat krew ipminda. Terutamanya kepada urusetia-urusetia dari Kemas yang banyak membantu kami dalam menjayakan program di sini. Ribuan terima kasih diucapkan, semoga hubungan yang terbina ini mendapat keredhaan daripada Allah dan akan berkekalan selama-lamanya.

No Responses to "Program Belia Cemerlang Kemas Negeri Kedah"

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 42

  • muaz bin zailani: rndu nyew kat setia budi!!!! dh 4 thn aq tngglkn huhuhuhu
  • cuke bin che cuki: best kew sko kat stu
  • Darnell: Bless you for taking the time to describe the terminlogy to the novices!
  • hazwani: emm...bile tarikh baru kem ni???ade x kem utk 1 dis ni
  • Porter: hi there, quality site, and an excellent understand! just one for my bookmarking.
  • saufi: kem ni untuk bilan 12 punya ada x
  • ismaildin43@yahoo.com: saya berasa amat seronok kerana dapat menghadiri program tersebut baru2 ini!

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Kem yang dibuat oleh IP MINDA sungguh berkesan dapat memberi kesedaran kepada kami. Contohnya sikap negatif ke sifat positif. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi."

Mohamad Shahrul Azmil Bin Zahran
Kem Remaja Ideal KEMAS Perak