I. P. Minda Sdn. Bhd. | Training & Consultancy

10 Dec, 2009

Kursus Motivasi Belia (AIR) SPKR Siri 10 Tahun 2009

Posted by: Azhadi In: Belia 26 views

Apa khabar semua? Kami harap semuanya senantiasa sihat walafiat. Terengganu pun dah diisytiharkan bersin daripada wabak taun. Sama²lah kita berdoa supaya negara kita bebas daripada segala penyakit yang merbahaya.

Kami baru saja selesai berprogram di Kelantan dengan belia² dari sekitar Gua Musang dan juga Kuala Krai bermula dari 7 hingga 9 Disember 2009 dan lokasinya di Hostel Pantai yang terletak hampir 3Km dari Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah tak hujan pun sepanjang program berjalan. Jangankan hujan, guruh pun tak kedengaran. Berkat belia² Gua Musang dan Kuala Krai agaknya :)

Peserta² kali ni terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Paling muda berumur 13 tahun iaitu adik Zasyrul Azman dan yang paling sulung pula adalah kak Razila Wanis. Walaupun mereka tidak dari golongan usia yang sama, tapi kami tengok tidak ada masalah bagi mereka untuk bermesra dengan peserta² lain sama ada lebih muda atau lebih tua daripada umur mereka. Baguslah. Sekurang²nya ukhwah sesama mereka dapat dibina melalui kursus 3 hari 2 malam ini.

Pada hari kedua mereka ‘dihidangkan’ dengan beberapa taklimat ringkas tapi padat daripada beberapa buah syarikat yang menawarkan peluang kursus kemahiran kepada mereka termasuklah syarikat besar seperti Sime Darby. Semua kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak KESEDAR termasukkan yuran pengajian, makanan dan penginapan. Malah mereka diberi elaun lagi daripada KESEDAR. Mereka sangat beruntung mempunyai peluang macam ni. Teringat lagi kata² pensyarah saya ketika belajar di Matrikulasi KPM Kolej Chermai dulu, “Tidak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir.” dan “Peluang hanya datang sekali.” Ungkapan tersebut asalnya daripada orang lain, tapi bila disampaikan sendiri oleh pensyarah atau cikgu kita, semestinya ia membawa kesan kepada diri kita. Ustaz saya juga pernah bagitau secara personal kepada saya, “Rezeki tak datang bergolek, rezeki perlu dicari.” yang merupakan imam masjid jamek UTHM. Dengan peluang kursus percuma yang mereka dapat ni, eloklah jangan dilepaskan. Mana tahu, dengan hanya 6 bulan berkursus boleh mengubah taraf hidup keluarga buat selamanya, insyaAllah.

Oh ye, tak lupa juga kepada Chef Farid yang menyampaikan taklimat kursus Chef Baker sambil demo membuat kek harijadi daripada rakannya. Penyampaiannya amat menarik, seolah² kek yang dibuat tersebut seperti jam yang mengukur masa taklimatnya. Di akhir demo tersebut, beberapa orang peserta dipanggil bagi yang telah dan bakal menyambut harijadi mereka dalam masa 3 minggu ni untuk memotong kek bersama². Satu pengalaman yang sweet :)

Sebagai akhirnya kami memohon maaf andai ada kekurangan dalam pengurusan dan persembahan kami sepanjang program berjalan terutamanya pada malam pertama program semasa sistem audio menghadapi masalah. Alhamdulillah hari kedua masalah tersebut dapat diselesaikan walaupun tidak menggunakan mikrofon asal kami yang kami pasti dapat berikan ceramah dengan lebih natural bunyinya.

InsyaAllah ada masa boleh berjumpa lagi. Alah, Gua Musang dengan Kuala Krai tu dah biasa sangat lalu hehe. Lalu jelah, singgahnya jarang² hehe. Salam ukhwah buat peserta² Kursus Motivasi Belia (AIR) SPKR bagi Siri 10 Tahun 2009 di bawah anjuran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Download : Gambar | Video

No Responses to "Kursus Motivasi Belia (AIR) SPKR Siri 10 Tahun 2009"

Comment Form

Categories

Join us at Facebook Printing, Trading, Advertising services

Archives

Visitors

Visits today: 1

  • farah: salam.. ni farah dri smk (p) sri aman.. bila nk bwt kem agi..teramat rndulah...
  • fykafirana: i hope kekawan seme tabah hadapi ni...i pun kalau laeh nak gak bela aminul tu...apa2 pun hanya doa je yang dapat disampaikan dari disi...
  • fykafirana: hai!i dari sekolah lain,i pun ada kawan kat sekolah dek 9 tu...i nk ucapkan takziah buat dekolah sek 9 n family arwah aminul rashid
  • izzah Mawaddah(ex-smapt): assalamualaikum syukran jazilan kpd ip minda yang sudi melaksanakan program motivasi yang amat berkesan kepada pljar SMAPT........... barakallahulak
  • kak siti (Kota Tinggi, Johor): setelah menghadiri kursus pd 14-17 jun 2010, penceramah masa 2 ustaz Zool jadi sangat tertarik dengan cara pengendalian. Harap dapat adakan di Johor u
  • kerol ( imran panggil mafia): imran ko set time nnti ko bg tau aq....rindu serindu nyer kat abg n akq facy dh lame x jumpe hahahah
  • kerol ( imran panggil mafia): aq nk bwk gf aq bley x huhu....imran biley nk gath cpt sikit aq mls dok umah bowink la hahahah...imran ko support aq auw hahah

IPM PhotoStream

    SSBControl MachoCeriaPengumuman !!! x 3 (rentak waliband)We Can't Spell Success Without ...Adik2, dengarlah ni, pakcik nak pesan!KhusyukTerbaik dari Us ZoolJalur Gemilang

PROGRAM TERKINI

    

Testimonials

"Kem yang dibuat oleh IP MINDA sungguh berkesan dapat memberi kesedaran kepada kami. Contohnya sikap negatif ke sifat positif. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi."

Mohamad Shahrul Azmil Bin Zahran
Kem Remaja Ideal KEMAS Perak